SinarHairan

“Fikir masak-masak kalau nak berbinikan saya” – Uqasha Senrose

loading...
Pelakon cantik dan amat popular di Malaysia iaitu Uqasha Senrose ada memuat naik satu video sedutan lakonannya yang terbaru beberapa hari yang lepas.
Dari video di Instagram itu, Uqasha Senrose sedang melakonkan adegan dirinya yang terpaksa diusung menggunakan stretcher kerana terjatuh akibat terlanggar barangan bengkel.

Turut kelihatan di dalam video berkenaan ialah pelakon Ben Amer dan juga Lim Jian Wen.
Di babak lakonan berkenaan, Uqasha Senrose dilihat berang kerana barang di bengkel berkenaan tak kemas sekaligus emnyebabkan kecederaannya.
“Dia tak kemas all the tools kat atas lantai. Sepah-sepah mestilah jatuh. Macam mana mahu pakai kaki ni, saya belum kahwin tau,” kata Uqasha sambil menangis dan berang.
Sementara menerusi ruangan caption video itu, Uqasha yang merupakan kakak kepada Nelydia Senrose dan juga Rasya Rizrose mengakui suaranya amat bingit untuk menjayakan babak tersebut.
Sehinggakan dia menulis supaya fikir masak-masak kalau nak berbinikan dirinya.
Ini tulis Uqasha Senrose:
“Ya ampun, bingitnya nyaringnya suara. Siapa tu? Coming soon,” #uqashasenrose #uqashafabulous #fikirmasakmasakkalaunakberbinikansaya
Difahamkan, sedutan tersebut merupakan sitkom baru yang dilakonkan perlakon berkenaan. Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton lebih 300,000 kali.
Ini videonya, jom layan:

Foto: Instagram Uqasha Senrose
loading...
loading...

0 Response to "“Fikir masak-masak kalau nak berbinikan saya” – Uqasha Senrose"

Catat Ulasan