SinarHairan

#TAHNIAH ~ 'Yusuf Iskandar bakal dapat adik'

loading...

PELAKON yang juga bintang utama filem Paskal, Hairul Azreeen mengumumkan khabar gembira mengenai kehamilan isterinya yang juga pengacara, Hanis Zalikha.

 Hanya dengan kapsyen ringkas beserta gambar mereka, Hairul memaklumkan Yusuf Iskandar bakal mendapat adik.

 "Alhamdulillah, Insya-Allah Yusuf Iskandar bakal dapat adik. 
 "Terima kasih ALLAH," kongsinya ringkas beserta tanda pagar Rezeki Milik Allah. 

 Perkongsian Hairul, 30, mendapat 200, 000 tanda suka dan hampir 5,000 ucapan tahniah dari pengikut yang terdiri daripada peminat, rakan artis dan teman seindustri.

 Sementara itu, sebuah lagi perkongsian menerusi akaun Instagram 'ahli keluarga' mereka iaitu Bujibuchempel turut menarik perhatian ramai.

 Dengan muka bengis seperti biasa, kucing kesayangan ramai itu bergambar dengan foto imbasan kandungan Hanis beserta kapsyen : "seorang lagi" yang mengundang gelak tawa ramai dan menyifatkan ia cara paling 'cool' untuk mengumumkan berita kehamilan.

 Hairul dan Hanis, mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang lahir pada 3 Jun 2016.

  credit
loading...
loading...

0 Response to "#TAHNIAH ~ 'Yusuf Iskandar bakal dapat adik'"

Catat Ulasan