SinarHairan

#GEGAR VAGANZA 5 ~ Forteen, Hetty Sarlene gagal ke final

loading...

FORTEEN dan Hetty Sarlene diumum sebagai peserta yang tersingkir pada minggu ini sekali gus meranapkan impian mereka untuk melangkah ke peringkat akhir Gegar Vaganza 5 (GV5) minggu depan.

 Menerusi konsert yang bertemakan ‘Road To Final’, Forteen membawakan lagu Potret dan Cinta Di Akhir Garisan.

Manakala Hetty menyampaikan lagu Pencuri Hati dan Kemaafan Dendam Yang Terindah. 

Kedua-duanya gagal memikat hati juri dan berada di kedudukan paling rendah di konsert separuh akhir ini.

 Sementara itu, Zamani turut layak ke peringkat akhir walaupun pada pusingan pertama, persembahan beliau mengecewakan.

Zamani bangkit pada persembahan kedua.

 Peserta diadili juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim, selain Datuk Yusof Haslam selamu juri jemputan.

 Maya Ruslee diumumkan sebagai Bintang Cuckoo Paling Gempak pada konsert ini.

 Enam finalis yang melayakkan diri ke peringkat akhir ialah Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee, Zamani dan Billy Zulkarnain.

 Konsert GV5 yang dicarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse ini dipancarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan disiarkan di saluran Astro Ria dan Ria HD (123).

  credit
loading...
loading...

0 Response to "#GEGAR VAGANZA 5 ~ Forteen, Hetty Sarlene gagal ke final"

Catat Ulasan