SinarHairan

#TAHNIAH ~ Protege Misha Omar,Elvira Juarai Mentor Otai

loading...
Elvira 

PROTEGE Misha Omar, Elvira, 38, dinobatkan sebagai juara Mentor Otai dan melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100, 000 beserta trofi.

 Elvira atau nama sebenarnya Elvira Carrie Olga Arul menampilkan lagu solo Bukan Dia Tapi Aku nyanyian asal Judika dan lagu duet Nur Nilam Sari bersama Azlan Typewriter.

 Manakala Azee, yang juga protege Zarul, dipilih selaku Naib Juara dan memperlihatkan pemilik nama sebenar Aznie Ariffin, 41, membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM50, 000 dan trofi.

 Alina Hassan, 50, terpaksa berpuas hati dengan tempat ketiga dan melayakkan protege Siti Sarah ini membawa pulang wang tunai RM20, 000 dan trofi.


Satu-satunya peserta lelaki solo, AJ atau nama sebenarnya Kamarol Azril Al'azemi, 42, berada di kedudukan keempat.

Protege Tam Spider ini membawa pulang hadiah wang tunai RM5, 000 dan trofi.

 Kesemua persembahan protégé diadili oleh juri tetap, Edry Abdul Halim dan Mark Adam yang mempengaruhi 50% daripada markah keseluruhan mereka.

Markah mereka akan ditambahkan pula dengan 20% undian juri awam, dan 30% undian atas talian melalui laman web https://ift.tt/2HZ82XR.

 Mentor Otai dikendalikan Haziq Hussni (Hot FM) dan Elly Mazlein bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 9 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
loading...
loading...

0 Response to "#TAHNIAH ~ Protege Misha Omar,Elvira Juarai Mentor Otai"

Catat Ulasan