SinarHairan

#ISU PANAS ~ Kontroversi gambar alat sulit, Zul Ariffin dipandang serong

loading...

PELAKON Zul Ariffin mengakui semenjak kontroversi gambar alat sulit yang didakwa miliknya dimuat naik di Instagram (IG) miliknya minggu lalu, dia kini sering menerima pandangan ‘nakal daripada orang sekeliling.

 Biarpun sudah membuat penafian dan penjelasan berkenaan perkara tersebut, ia masih lagi diperkatakan ramai sehingga hari ini.

 Kata Zul, bukan sahaja di ruangan komen Instagram miliknya, tetapi juga di mana-mana termasuk di set penggambaran.

 Bagaimanapun, dia tidak mahu terlalu mengambil pusing berkenaan perkara tersebut dan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa.
 “Memang saya tahu orang masing bercakap tentang perkara tersebut, malah ada yang memandang serong kepada saya. 
 “Bagi saya cukuplah saya dah buat penjelasan dan perkara ini perlu dilupakan. Saya fokus pada kerja dan semuanya masih berjalan seperti biasa,” kata Zul. 
 Menurut Zul, bukan pertama kali akaun IG miliknya digodam, di mana sebelum ini dia pernah beberapa kali tidak dapat membuka akaun tersebut.

Namun ia dapat diatasi dengan bantuan para peminatnya.

 Bagaimanapun ia berulang lagi, namun kali ini dengan cara yang berbeza menerusi tindakan memuat naik gambar alat sulit lelaki di ruangan Insta Stories miliknya sehingga mencetuskan pelbagai tanggapan buruk orang sekeliling.
 “Saya berkongsi kata laluan IG dengan tiga individu yang saya percayai dan mereka perlu ada kata laluan IG saya untuk membantu jika berlaku perkara tidak diingini. 
Bagaimanapun dia (Zahirah), tidak mempunyai kata laluan IG milik saya.
 “Apa yang berlaku ini sedikit sebanyak buat saya dipandang serong masyarakat. 
Bagaimanapun saya belajar dengan apa yang terjadi dan lepas ni kena selalu tukar kata laluan yang baru,” jelas Zul yang kini sedang sibuk di lokasi penggambaran filem Misteri Delaila ini lagi.[SH]
loading...
loading...

0 Response to "#ISU PANAS ~ Kontroversi gambar alat sulit, Zul Ariffin dipandang serong"

Catat Ulasan