SinarHairan

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) - 6 Jun 2016

loading...
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.



Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR N41 -


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri
Selangor melebihi 15 tahun; dan

iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah
dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undangundang
dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada
tanggungjawab pemohon sendiri.

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(c) i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau

ii) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya; dan

iii) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian
Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi
Massa dan berpengalaman dalam bidang penerbitan sekurang-kurangnya 2 tahun.


Cara Memohon:

Borang (MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.20
tunai/naskah.

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

Seksyen Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 26, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor

Tarikh tutup permohonan adalah pada : 06 June 2016






Penubuhan MBSA

​Pentadbiran Shah Alam bermula dengan penubuhan MPSA pada 7 Disember 1978 mengikut Akta 71, Akta Kerajaan Tempatan. Penubuhan MPSA, itu adalah serentak dengan perisytiharan bandar Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. Bagaimanapun, pentadbiran MPSA hanya mula beroperasi pada 1 Januari 1979.

Pentadbiran MPSA bermula di sebuah rumah kedai di Seksyen 3. Jumlah kakitangannya merupakan 123 orang dan kebanyakkannya merupakan kakitangan Lembaga Bandaran. Lembaga ini diwujudkan khas di bawah pentadbiran PKNS untuk mentadbir Shah Alam. Apabila MPSA mula beroperasi, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor secara automatik berperanan sebagai Yang Dipertua.

Oleh kerana Yang Dipertua tidak sepenuh masa, maka seorang Penolong Setiausaha, telah dilantik untuk membantu tugas-tugas Yang Dipertua. Pada 1 Februari 1979, jawatan Setiausaha diwujudkan dan Encik Abu Sujak bin Mahmud dilantik untuk menyandang jawatan tersebut. Hanya pada tahun 1988, MPSA mendapat seorang Yang Dipertua sepenuh masa Jawatan Yang Dipertua ini seterusnya telah ditukar menjadi Datuk Bandar apabila Shah Alam dinaik taraf status bandaraya pada 10 Oktober 2000.

Pada tahun 1981, pentadbiran MPSA berpindah ke Tingkat 1 dan 2 Kompleks PKNS. Seterusnya pada Oktober 1988, MPSA telah berpindah ke bangunannya sendiri iaitu Wisma MPSA. Bangunan 28 tingkat yang bernilai RM141 juta mampu menempatkan semua jabatan MPSA yang sekarang dinaik status ke MBSA di bawah satu bumbung.

loading...
loading...

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) - 6 Jun 2016"

Catat Ulasan