loading...
"PROSEDUR INI PERLU KERANA GUNA IVF..." - SITI NURHALIZA ULAS MASUK WAD
Masakan tidak, figura popular itu baru sahaja membuat kemunculan khas di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) pada Ahad sebagai menyokong Bob Yusof yang menyanyikan lagu nyanyian asalnya, 'Anta Permana' di pentas berprestij itu.
Enggan membuat banyak pihak tertanya-tanya, Siti memberitahu yang dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil di sebuah pusat perubatan swasta sebagai persediaan hamil:
"Alhamdulillah, semalam selesai persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), saya terus masuk wad untuk menjalani pembedahan kecil pagi tadi. Syukur, semuanya berjalan lancar," tulisnya.
Bagaimanapun, Siti sebenarnya menjalani pembedahan tersebut sebagai persediaan untuk hamil lagi.
Bintang berusia 41 tahun itu seperti yang dilapor menjelaskan, prosedur itu perlu dilakukan kerana dirinya akan menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).
Kaedah berkenaan turut dilakukannya untuk kandungan pertama.
"Pagi tadi (Isnin), Siti menjalani pembedahan kecil dan Alhamdulillah semuanya selamat. Prosedur ini perlu kerana Siti akan menggunakan kaedah rawatan kesuburan IVF, seperti yang pernah Siti lakukan sebelum ini. Siti harap semua pihak dapat doakan Siti supaya segera sembuh," ujarnya.
Kira-kira enam jam yang lalu, ibu kepada Siti Aafiyah ini memuatnaik foto yang memaparkan dirinya berada di hospital serta keterangan gambar yang menyatakan dia selamat menjalani pembedahan kecil di Instagram (IG) Story.
Sebelum dimasukkan ke wad, Siti membuat persembahan bersama Bob Yusof mendendangkan lagu 'Anta Permana' di AJL34, kelmarin.
Lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu berjaya mencipta sukses apabila diumumkan sebagai pemenang ketiga.
loading...
loading...
0 Response to "#IVF ~ Siti Nurhaliza Buat Pembedahan Kecil Untuk Perancangan Kehamilan"
Catat Ulasan