SinarHairan

#HABIS JODOH ~ Isteri Kedua Salih Yaakob Lega Dicerai

loading...

Setelah bercerai, bekas isteri kedua pelawak Salih Yaakob mengakui dia kini lebih bahagia.

 Nor Raha Hamad, 47 diceraikan pada September tahun lalu setelah meminta dilepaskan sejak Julai.

 Memetik laporan Utusan Online, ibu kepada enam orang anak itu mendedahkan punca perceraian bukanlah seperti yang diperkatakan Salih mengenai wujudnya orang ketiga.

 Puncanya kerana dia sudah lama memendam rasa kerana tidak diberi perhatian oleh Salih serta berlaku tidak adil sepanjang berkahwin.

 “Poligami itu tidak salah dan tipulah kalau saya katakan, hidup bermadu ini manis-manis belaka. Mesti ada satu ketika kita akan terasa sekiranya suami kita melebih-lebihkan isteri yang lain. 
 “Sebenarnya saya sudah lama meminta untuk dilepaskan iaitu sejak 2012 lagi tetapi, tahun lepas saya nekad untuk bercerai. Bukan kerana orang ketiga, cuma saya rasa sudah tiba masa­nya untuk saya me­ngundurkan diri,” katanya. 

 Baru-baru ini, Salih mendedahkan punca perceraian mereka kerana wujudnya orang ketiga setelah bekas isterinya menghadiri majlis reunion bersama rakan-rakan sekolah lamanya.

 Ujarnya, masalah kewangan juga salah satu punca keruntuhan rumah tangga yang dibina kira-kira 23 tahun lalu.


 “Jangan menafikan masalah kewangan adalah punca. Selama ini saya meniaga sendiri dengan menjual rempeyek untuk menyara hidup anak-beranak. Bukan Salih tidak memberi wang tetapi, mana cukup untuk kami enam beranak. 
 “Saya percaya ini adalah jalan yang terbaik dan saya rasa lega serta tidak menyesal. Saya berharap agar semua pihak tidak lagi menuduh yang bukan-bukan terhadap saya dan keluarga,” katanya.
loading...
loading...

0 Response to "#HABIS JODOH ~ Isteri Kedua Salih Yaakob Lega Dicerai"

Catat Ulasan