loading...
PELAKON dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol Januari tahun lalu.
Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu terhadap Farid, 38, selepas Farid yang sepatutnya membela diri hari ini, memilih untuk berdiam diri.
Mahkamah juga tidak membenarkan hukuman itu ditangguhkan dan Farid akan dihantar menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang hari ini juga.
Sebelum ini, mahkamah memerintahkan Farid membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan, Farid didakwa menggunakan THC yang juga dadah ditemui pada ganja di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, 4.30 petang, 11 Januari 2018.
Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Lima saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 18 Disember tahun lalu.-myMetro
loading...
loading...
0 Response to "#DADAH ~ Farid Kamil Dihukum Penjara 9 Bulan"
Catat Ulasan