SinarHairan

#TAHNIAH ~ Aidil Aziz mula edar kad undangan majlis perkahwinannya dengan Fasha Sandha

loading...

Majlis resepsi pihak pengantin lelaki akan diadakan di Negeri Sembilan pada 6 April depan. 

 Pelakon Aidil Aziz bakal menamatkan zaman bujang dengannya aktres Fasha Sandha apabila mula mengedarkan kad undangan perkahwinan bagi majlis se­belah pengantin lelaki kepada pihak media.

 Menerusi informasi yang tertera pada kad tersebut, majlis resepsi berkenaan bakal diadakan di kampung halamannya di Negeri Sembilan pada 6 April depan.

 Bagaimanapun, Aidil atau nama sebenarnya Mohd. Aidil Abdul Aziz, 32, masih belum mengumumkan tarikh pernikahannya bersama Fasha yang dijangka diadakan penghujung Mac ini di Perlis.

 “Buat masa ini, memang kami akan nikah hujung bulan ini,” kata Aidil kepada Kosmo! Online. 

 Menurut pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu, biarpun telah mempunyai tarikh pernikahan dan segala persiapan telah diatur, dia tetap berasa gementar.

“Perasaan saya buat masa ini bercampur baur, maklumlah, perkahwinan merupakan satu komitmen yang sangat besar. 
 “Saya berdoa dan berharap agar segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar,” katanya lagi.  

 Aidil dan Fasha mengikat tali pertunangan pada 18 November lalu.

Ini merupakan perkahwinan pertama Aidil, manakala yang kedua buat Fasha.

 Fasha memiliki dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 6, dan Putri Raysha Jemaima, 5, hasil perkahwinan dengan Rizal Ashram Ramli pada 2012 sebelum bercerai pada 2016.

 Mereka berkenalan selepas sama-sama membintangi drama rantaian Mamu Mami Gosip pada awal 2018. - K! ONLINE
loading...
loading...

0 Response to "#TAHNIAH ~ Aidil Aziz mula edar kad undangan majlis perkahwinannya dengan Fasha Sandha"

Catat Ulasan