SinarHairan

#TERBONGKAR ~ Sudirman Mati Bukan Kerana Dadah Atau AIDS, Ini Puncanya…

loading...

Sensasi tentang kematian penyanyi Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang sering diperkatakan adalah disebabkan pengambilan dadah atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan (AIDS).

 Namun perkara itu disangkal seorang wartawan hiburan terkenal era 80-an, Saodah Ismail yang berkata kematian penyanyi itu akibat perbuatan sihir serta pneumonia.

 Menurut Saodah yang juga rakan karib kepada Allahyarham, Sudirman sendiri semasa hidupnya menyedari tentang fitnah itu dengan menuduhnya mengambil dadah.

 Saodah menjelaskan Sudirman juga pernah mengadakan sidang media memberi penjelasan yang dirinya tidak terlibat dengan dadah.

Pernah juga selepas mengadakan persembahan di Sarawak, Sudirman mengatakan dalam satu sidang akhbar yang beliau berani bersumpah tidak mengambil barang terlarang itu.

 ”Sudirman ketika itu mengakui badannya semakin kurus dan mukanya bertambah cengkung kerana terlalu penat berlatih untuk mengadakan pelbagai persembahan malah bila bekerja beliau selalu hilang selera makan sehingga hampir seminggu tidak menjamah nasi, hanya minum bergelas air suam. 
 ”Ketika beliau sakit, banyak cerita mistik mengenai keadaannya. Pernah seorang peminatnya dari Perak mendedahkan Sudirman ada menulis surat ‘meminta maaf’ kerana baru saja baik sakit disebabkan ‘dianiaya seseorang’ di mana dari tubuhnya keluar hirisan tengkorak orang mati dan dia nyaris hilang ingatan.
 ”Saya antara orang yang percaya bahawa meskipun perubatan menyebut pneumonia atau jantungnya gagal berfungsi sebagai punca kematian Allahyarham, saya percaya beliau juga terkena sihir,” kata Saodah dalam buku tulisannya yang bertajuk Sudirman Yang Ku Kenali

 Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said telah merasmikan pelancaran buku itu di salah sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail di sini hari ini.

 Saodah turut kecewa kerana sewaktu Sudirman meninggal dunia, Allahyarhan ‘dimandikan’ dengan pelbagai janji antaranya hendak mewujudkan institusi, galeri, muzium serta nama jalan namun semuanya hanya tinggal janji.

 ”Muzium pun tak ada, galeri pun saya tak tahu wujud ke tidak, malah ada yang kata hidup segan mati tak mahu. 
Kuburnya pun hanya ahli keluarga dan peminat yang jaga. 
Kita belum ada satu bentuk penghargaan untuk Allahyarham. .
 ”Dua tiga hari lagi genap 27 tahun kematiannya, orang semua akan bercakap mengenai Sudirman…sebagai seorang kawan, saya nekad menghasilkan buku ini kerana tidak mahu namanya hilang begitu saja,” katanya Saodah

credit 
loading...
loading...

0 Response to "#TERBONGKAR ~ Sudirman Mati Bukan Kerana Dadah Atau AIDS, Ini Puncanya…"

Catat Ulasan