SinarHairan

#KONTROVERSI ~ Ernie Zakri Jelaskan 'Baju Dalam' Di Luar Adalah Konsep Gaun 'Korset'

loading...
"Rekaan itu diinspirasi daripada Puteri Gunung Ledang tapi saya dan pereka fesyen buat keputusan untuk jadikan ia lebih sopan dengan menutup bahagian dada dan lengan.


"Korset dress memang begitu bentuknya, mereka yang memberi komen negatif hanya melihat dari sudut negatif," ujar penyanyi Ernie Zakri yang menjelaskan gaun merah yang digayakan pada persembahan semasa Mentor 7 malam Ahad lalu tidak keterlaluan atau menyentuh sensitiviti berpakaian. 

 Ernie yang berduet dengan protege Hafiz iaitu Azmirul di Mentor 7 itu berkata, rekaan baju Amaze Atelier itu berkonsepkan gaun korset yang diinspirasikan daripada pakaian Puteri Gunung Ledang.

 Baju gaun merah hati yang digaya Ernie mendapat perhatian netizen yang menganggap ia sebagai sesuatu yang tidak sopan apabila rekaan bahagian dada seolah-olah berbentuk baju dalam di bahagian luar.


Dalam pada itu, Ernie yang menutup bahagian komen di foto-foto Instagram yang dimuatnaik berkata, dia tidak mahu netizen terus memberi kata-kata negatif di ruangan tersebut.

Katanya, dia juga tidak bimbang dan terkesan dengan kata-kata negatif tersebut.

 "Saya tidak ambil serius hal itu dan tindakan saya tutup komen di Instagram bagi menghentikan komen-komen negatif netizen. 
 "Saya sudah menjaga sebaik mungkin sensitiviti berkaitan pemakaian dan pakaian pada malam tersebut tidak keterlaluan," katanya.

  credit
loading...
loading...

0 Response to "#KONTROVERSI ~ Ernie Zakri Jelaskan 'Baju Dalam' Di Luar Adalah Konsep Gaun 'Korset'"

Catat Ulasan