loading...
Macam mana negara lain lagi murah??Setiap kali pelancaran model baru Apple iPhone di Amerika Syarikat, pastinya terdapat individu yang hadir dari negara lain untuk menjadi yang terawal untuk mendapatkannya. Kenapa? sebab perbezaan harga yang ditawarkan di setiap negara adalah berbeza dimana para pembeli ini mampu menjual semula pada harga yang lebih mahal. Bijak tak?!
Memandangkan harga Apple iPhone X mula diumumkan pada harga $999 (~RM4,182.31) dimana Amerika Syarikat menjadi negara penawaran terendah, pastinya anda boleh menjangkakan negara lain menawarkannya dengan harga yang sedikit tinggi. Berikut merupakan senarai yang dikeluarkan BusinessInsider sebagai perbandingan harga Apple iPhone X yang dijual di beberapa negara lain.
Berdasarkan senarai yang dikeluarkan kami dapati Business Insider tidak meletakkan Malaysia di dalam senarai negara terendah dimana pengguna berpeluang mendapatkannya bermula 24 November ini dengan harga RM5,149 atau $1,229.91 sebagai perbandingan.
Buat anda yang mahu mendapatkannya denga harga yang lebih rendah, membeli Apple iPhone X di Amerika Syarikat, Jepun, Kanada, UAE dan Hong Kong antara pilihan yang tersedia.
Jadi, pastikan anda mendapatkan unlocked set yang ditawarkan pada Apple Store luar negara untuk memastikan anda dapat menggunanya dengan mudah apabila berada di Malaysia.
SUMBER : BUSINESSINSIDER
loading...
loading...
0 Response to "Harga IPhone X Jauh Lebih Murah Di Negara Luar?"
Catat Ulasan