SinarHairan

Isteri Cemburu Racun Suami Kerana Kantoi Kahwin Dua

loading...
Indonesia - Seorang lelaki hampir maut selepas di racun oleh isterinya sendiri selepas kehendaknya tidak dapat ditunaikan olehnya.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Mohd Ruslan berusia 40 tahun memberitahu bahawa dia amat tertekan dengan isterinya itu sehinggakan membuatkan dia seakan binggung serta merasa amat sengsara dengan desakan isterinya itu.

Ruslan ketika ditemui memberitahu bahawa isterinya itu amat menitik beratkan segala aspek dalam urusan rumah tangga termasuklah memenuhi keperluan batinnya yang mencecah 15 kali sehari.

Menurut Ruslan dia telah mendirikan rumah tangga dengan wanita pujaannya itu selama lima tahun dan mengaku bahawa di awal perkahwinan dia amat bangga serta merasa bahagia bersama isterinya itu.

Akan tetapi kini dia merasakan amat sengsara apabila dirinya terlantar di katil hospital akibat diracun oleh isterinya sendiri serta hampir maut akibat perbuatannya itu.

Isteri Ruslan ketika ditemui mengaku bahawa dia telah bertindak meracuni suaminya sendiri akibat daripada merasa amat marah dengan suaminya itu kerana gagal memberikannya nafkah batin seperti yang diingini olehnya.

Malah isterinya itu turut memberitahu bahawa dia merasa marah serta nekad meracuni suaminya itu selepas suaminya itu kantoi telah berkahwin dengan wanita lain secara senyap-senyap.

Namun begitu, Ruslan memberitahu bahawa dia sememangnya berhasrat menceraikan isterinya itu akibat sudah tidak sanggup lagi melayani nafsu kuat isterinya itu.

“Saya macam di perkosa olehnya kerana baik pagi,siang atau malam, isteri akan meminta saya melayaninya sampai 15 kali sehari."

“Saya dahlah kerja angkat barang dan untuk melayani isteri saya terpaksa minum ubat kuat sejak dua tahun lalu tetapi ianya menyebabkan saya kerap mengalami masalah jantung” kata Ruslan.

Ruslan turut memberitahu bahawa isterinya itu merupakan seorang yang hanya mementingkan  dirinya sendiri sehingga sanggup memaksanya untuk melakukan hubungan tanpa melihat keadaan kesihatannya terlebih dahulu.

Ruslan yang menolak permintaan isterinya itu untuk melakukan hubungan menyebabkan isteri itu berang sehingga bertindak meracuninya sehingga mengancam nyawanya.

Pada mulanya Ruslan menganggap ugutan yang dikatakan oleh isterinya itu hanya gurauan semat-mata namun selepas membuat pemeriksaan dihospital Ruslan telah pun disahkan mangalami masalah usus akibat terkena racun.

Sejak daripada itu ,Ruslan yang tidak berpuas hati dengan isterinya itu kerana merasakan nyawanya terancam dengan perbuatan isterinya itu kemudianya telah membuat laporan polis.


loading...
loading...

0 Response to "Isteri Cemburu Racun Suami Kerana Kantoi Kahwin Dua"

Catat Ulasan