SinarHairan

Lagi Video Pelajar Sekolah Kena buli.

loading...
Dengkil - Lagi kes buli yang membabitkan pelajar sekolah yang tular di media sosial baru-baru ini selepas video rakaman tersebut di muat naik di laman media sosial.

Kes buli tersebut membabitkan seorang pelajar lelaki yang di buli oleh sekumpulan pelajar yang merupakan rakan sekolahnya .

Kejadian tersebut dikatakan berlaku sekitar kawasan sekolah iaitu di dalam kelas di sebuah sekolah di Dengkil.

Rakaman video yang berdurasi 1 minit 51 saat tersebut yang telah dirakamkan oleh rakan pembuli itu sendiri menunjukkan keadaan mangsa yang ketika itu mengenakan pakaian sukan telah digoncang kepalanya serta ditendang beberapa kali di bahagian tangan manakala kepalanya ditekup dengan menggunakan tong sampah.

Rakaman tersebut juga menunjukkan mangsa telah ditendang beberapa kali di bahagian tangan, belakang badan, kepala serta mukanya telah ditonyoj dengan menggunakan penyapu.

Melalui video tersebut jelas menunjukkan keadaan mangsa yang tidak mampu berbuat apa-apa apatah lagi mahu melawan tindakan sekumpulan pembuli tersebut dan ketika itu kelihatan mangsa yang hanya mampu menangis serta mempertahankan diri daripada terus menjadi bahan jenaka.



Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada video yang tersebar itu adalah kes buli terbaru atau lama. Juga tiada maklumat teperinci mengenai kejadian itu. Namun netizen meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap murid-murid yang terlibat.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pernah bersetuju jika pelajar yang didapati membuli pelajar yang lain dikenakan tindakan buang sekolah. Ini kerana hukuman yang sedia ada tidak membuatkan pembuli serik dan tindakan buang sekolah dipercayai dapat membendung kejadian buli di sekolah dari terus berlaku.

“Saya tidak bersetuju kalau setakat hendak gantung (persekolahan) 10 hari, tak payah. Kita kena buat lebih lagi,” katanya memetik dari laporan Bernama Ogos lalu.

Malangnya tindakan itu tidak dapat diambil kerana peraturan yang sedia ada tidak membenarkan tindakan itu dilaksanakan.
loading...
loading...

0 Response to "Lagi Video Pelajar Sekolah Kena buli."

Catat Ulasan