loading...
Alor Setar - Seorang wanita telah menghilangkan diri selepas meninggalkan rumah dalam keadaan yang amat teruk dengan bil elektrik yang tertunggak serta sewa yang tidak berbayar.
Menurut lelaki yang dikenali sebagai Raja Aizat melalui kenyataan yang dimuat naik di facebook memberitahu bahawa wanita tersebut merupakan seorang penyewa di rumah sewa milik ibunya.
Namun Aizat melalui kenyataannya telah memberikan peringatan kepada warga Alor Setar serta Jitra supaya lebih berhati-hati dengan wanita bernama Nurul Nadiah Binti Salleh tersebut supaya tidak tertipu dengannya.
Nadiah dikatakan telah menyewa rumah milik ibu kepada Aizat tetapi rumah sewa terbabit telah ditinggalkan oleh Nadiah dalam keadaan yang amat teruk ibarat rumah sarang penagih dadah dengan kawasan luar rumah yang penuh dengan semak-samun rumput yang panjang tanpa di potong.
Bukan sahaja kawasan luar rumah malah dalam rumah pun turut kelihatan amat teruk, dahlah bil elektrik ditinggalkan olehnya tertunggak sehingga mencecah RM750, sewa rumah pula nak kena minta macam peminta sedekah dan kalau bayar pun tak pernah cukup.
"Mak saya siap dah halau dia cara baik lagi tapi perempuan ini boleh pula bercakap kurang ajar dengan mak aku, semalam pula dia janji nak serah kunci beserta bayaran tertunggak pada pukul 12 tengah hari tapi bila kami sampai dia dah lesap," kata Aizat.
"Dahlah wanita tapi keadaan rumah subhannallah, tak tahulah macam mana dia boleh hidup dengan keadaan luar rumah bersemak-samun macam itu,"katanya lagi.
Aizat turut memberitahu mengenai kawasan dalam rumah yang ditinggalkan dalam keadaan rumah yang teramat kotor sangat dengan bilik air yang terlampau busuk sehinggakan nak masuk pun geli yang teramat sangat.
Keadaan dapur pula jangan cakaplah sinki dia busuk gila dengan makanan basi yang terbiar dilantai, tak tahulah macam mana dia hidup dengan keadaan rumah macam itu.
Buat warga Alor Setar dan Jitra, berhati-hatilah kalau jumpa orang ini dan sampai terkena macam ini.-Raja Aizat
loading...
loading...
0 Response to "Hati-hati Dengan Wanita Ini, Rumah Dah Macam Sarang Penagih."
Catat Ulasan