loading...
Sungai Besar : Ramai kawan-kawan Sinary Alif Dahari atau lebih mesra dengan nama Yeke Alif II dilaman sosial nya tidak percaya sahabat mereka ini telah pergi buat selamanya kemalangan.Paling sedih adalah keluarga nya, “Saya tak sangka permintaan maaf arwah (Alif) kepada ibunya Rabu lalu petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” kata Dahari Saimin, 57, bapa Sinary Alif Dahari, 25, yang maut dalam kemalangan Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 5.30 petang Jumaat lalu, Sinary Alif maut selepas motosikal jenis Yamaha 125Z ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun.
Semasa kejadian Alif dalam perjalanan berjumpa kawan nya yang bernama Mika, Alif telah mesej Mika yang dirinya dalam perjalanan ke rumah mika.
Semasa menunggu Alif, Mika mendapat berita menyedihkan yang rakan baik nya yang ditunggu Alif telah terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia.
Kejadian berlaku di Kilometer (KM) 25, Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Sungai Sembilang, Jeram, Kuala Selangor ketika arwah dari Kapar, mahu pulang ke kampung menziarahi keluarganya dan berjumpa rakannya di Sungai Limau dekat sini.
Dahari berkata, arwah seorang yang cukup menjaga hubungan antara keluarga dan rakan, selain suka bergurau.
“Rabu lalu arwah hubungi ibunya dan meminta maaf atas sebarang kesalahan, selain minta dihalalkan makan dan minum.
“Selepas arwah meninggal dunia, isteri saya menyampaikan pesanan itu ketika kami melihat jenazah di Hospital Tanjung Karang dan ketika itu, saya merasakan dunia gelap sebentar,” katanya.
Dahari berkata, arwah yang juga anak sulung daripada dua beradik tidak membenarkannya melakukan kerja berat termasuklah memandu kenderaan.
“Pada Aidilfitri lalu, saya dan isteri mahu pulang ke kampung di Pahang dan saya mahu memandu kereta tetapi dia tak benarkan, sebaliknya dia mahu memandu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ruslan Abdullah berkata, mangsa yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala dan patah di bahagian tangan serta kaki. Al fatihah
Sumber: beritasayu
loading...
loading...
0 Response to "Yeke Alif dah tak ada .. Sempat mohon maaf minta ibu halalkan makan minum (10Gambar)"
Catat Ulasan