SinarHairan

Selamat tinggal sayang..Shafie maut anak parah isteri patah HRV dirempuh lori simen (12Gambar)

loading...
Serdang : Satu keluarga mengalami detik ngeri apabila kereta mereka dan empat kenderaan dirempuh lori simen berhampiran stesen Komuter KTM Serdang, petang semalam.

Mangsa yang maut dikenali dengan nama Shafie,31, dia bersama isteri Norhaily, 28, dan dua anak lelaki berada didalam kereta HRV mereka ketika kejadian tersebut.

Shafie tersepit ditempat duduk bersama isteri dan dua anak nya, dia maut ketika menerima rawatan di Hospital Serdang manakala isteri nya mengalami patah tangan, anak sulung mereka berusia empat tahu dikatakan kritikal manakala yang bongsu berusia 2 tahun cedera.























Kisah sedih ini dikongsi oleh rakan pasangan ini yang dikenali dengan nama Einz yang mendapat berita sedih tersebut tentang kemalangan yang menimpa pengasuh pada anaknya itu.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, lori simen dipandu lelaki berusia 25 tahun dikatakan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah Honda HR-V, Proton Saga, Nissan Sentra, van Kia Pregio dan sebuah motosikal.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Shafie, 31, iaitu pemandu Honda HR-V, dan lelaki berusia berbangsa cina berusia 50-an yang menunggang motosikal.

Nama penuh mangsa yang meninggal dunia dan cedera belum diperoleh setakat ini, Mohd Sani ketika dihubungi berkata, panggilan kecemasan diterima pada 7 malam sebelum dua jentera bomba bersama sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat., Mangsa yang cedera menerima rawatan di hospital sama.

Semoga Puan Norhaily dan anak lelaki nya cepat sembuh, semoga dirinya tabah atas permergian suami tercinta ekoran kemalangan tragis itu. Al fatihah

Sumber: beritasayu.net

loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Selamat tinggal sayang..Shafie maut anak parah isteri patah HRV dirempuh lori simen (12Gambar)"

Catat Ulasan