loading...
Kota Tinggi : Amiruddin Mohamed dan ibu nya Awa Ismail maut manakala bapanya cedera apabila kereta Proton Gen 2 yang dinaiki mereka bertiga terlibat dalam kemalangan dengan treler di KM 63.3 Lebuhraya Desaru-Senai, hari ini.Apa yang paling memilukan mereka sekeluarga dalam perjalanan ke Masjid Tanah Melaka untuk menghantar duit hantaran kepada bakal isteri Amiruddin, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 28 Januari lalu di Masjid Tanah Melaka.
Pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan november nanti lagi 3 bulan, namun segala hasrat dan keinginan Amiruddin tidak kesampaian apabila dia dan ibu maut pagi tadi ketika dalam perjalanan ke Melaka bagi menguruskan majlis perkahwinannya.
Dalam kemalangan dipagi jumaat yang mulia bapa Amiruddin sudah dikeluarkan orang ramai dan dia hanya cedera ringan.
“Bagaimanapun, ibu dan Amiruddin disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” kata pegawai bomba.,
Amiruddin tersepit di tempat duduk pemandu manakala ibunya tersepit di tempat duduk penumpang di belakang.
“Bomba mengambil masa tiga minit untuk mengeluarkan dua mangsa dan mayat mereka diserahkan kepada polis,” katanya.
Mayat dua beranak itu dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk dibedah siasat, dan kebumikan dikampung halaman mereka di Felda Sungai Mas petang tadi, semoga roh keduanya dicucuri rahmat dan kepada tunang arwah semoga tabah. Al fatihah
Sumber: beritasayu
loading...
loading...
0 Response to "Selamat tinggal .. Bakal pengantin dan ibu maut diperjalanan hantar duit hantaran (8Gambar)"
Catat Ulasan