loading...
Shah Alam : Ibu kepada pelajar wanita tingkatan 3 meraung melihat jasad kaku anak nya yang maut digilis kereta apabila motosikal yang ditunggang anak nya Ain bersama anak saudaranya gagal memotong dan melanggar motosikal lain sebelum terjatuh dan digilis.Ain meninggal dunia ditempat kejadian akibat parah dikepala manakala anak saudaranya Affiq cedera parah dikepala dan badan kini dirawat di ICU.
Dalam kejadian 7.40 pagi tadi Ain dalam perjalanan menghantar anak saudara nya Affiq ke sekolah sebelum kejadian tragis itu berlaku.
Akhbar melaporkan pelajar perempuan yang bakal mengambil peperikasaan PT3 maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan ketika menghantar anak saudara ke tadika di Jalan Sri Junjung, Pelabuhan Klang, hari ini.
Siti Nur Ain Abdullah, 15, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala anak saudara, Ahmad Affiq Zulkifli, 6, parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku ketika Siti Nur Ain dari arah Jalan Pelabuhan Utara menuju ke Flat Sri Perantau sebelum terbabit kemalangan.
Beliau berkata, ketika tiba di tempat kejadian, mangsa melanggar belakang sebuah motosikal dan terjatuh sebelum dilanggar sebuah kereta dari arah bertentangan.
“Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Pembonceng yang juga anak saudara mangsa parah di kepala dan kini menerima rawatan di ICU, HTAR,” katanya. Al fatihah
Sumber: beritasayu
loading...
loading...
0 Response to "Raungan si ibu lihat jasad anak nya Ain berlumur darah digilis..cucunya parah ( 6Gambar )"
Catat Ulasan