SinarHairan

Nazak di pangkuan .. Kren rosak ragut nyawa Pegawai Bomba (10Gambar)

loading...
Banting : Seorang pegawai bomba KLIA maut apabila kereta yang dipandu nya merempuh belakang sebuah lori kren (Kato) yang rosak dalam kejadian pukul 19.35 malam di jalan Lambohan Dagang berhampiran Mega Still pada waktu maghrib semalam.

Mohd Zulkhairul Bin Haron tersepit ditempat duduk hadapan kereta jenis Proton Pesona dikeluarkan oleh orang awam yang berada ditempat kejadian, beliau ketika itu mengerang kesakitan impak kemalangan terbabit.



















Namun Allah lebih sayangkan nya semasa menunggu bantuan perubatan dia nazak dan menghembus nafas terakhir dipangkuan salah seorang orang awam disitu, orang awam juga sempat menghubungi isteri nya untuk memberitahu dirinya kemalangan.

Ketika kejadian Mohd Zulkhairul dalam perjalanan ketempat kerja di di Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, jasad beliau dihantar ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut, suasana pilu diHospital Banting dengan kehadiran keluarga arwah dan tangisan anak-anaknya.

Punca sebenar kejadian masih disiasat oleh pihak berwajib, Arwah berasal dari Ajil Hulu Terengganu semoga rohnya dicucuri rahmat dan keluarga nya tabah beliau adalah seorang wira kepada bangsa dan negara, pergi nya didalam perjalanan bertugas dan mencari rezeki untuk keluarga. Al fatihah

Sumber: beritasayu
loading...
loading...

0 Response to "Nazak di pangkuan .. Kren rosak ragut nyawa Pegawai Bomba (10Gambar)"

Catat Ulasan