"Ya, memang saya sudah berkahwin tahun lalu. Maaf, saya sibuk sedikit menguruskan beberapa perkara di hospital. Suami saya baru saja melakukan pembedahan tonsil,"
"Saya bersyukur dan bahagia sekalipun menerima pelbagai tohmahan dan cacian sebelum ini. Saya juga tidak berniat merahsiakan hal ini daripada semua orang, tetapi saya lebih suka mendahulukan keluarga terdekat. Biar Allah saja yang tahu hubungan kami halal.
"Buat apa nak cerita sana-sini? Bukan semua orang mahu mendoakan kita yang baik-baik. Lebih ramai yang kutuk daripada mendoakan yang baik. Jadi, kali ini saya ambil keputusan berdiam diri dulu dan biarlah orang tahu perlahan-lahan nanti," katanya memetik Bharian.
Tag : Artis Janda , Duda , Fiza Elite , Gambar Artis , Gossip Artis , Instagram , Pelakon , Perkahwinan Artis , Pilot
0 Response to "Fiza Elite dah kahwin dedah gambar suami barunya (3 gambar)"
Catat Ulasan