loading...
KLANG : Lelaki ini boleh dikatakan sebagai peragut paling kejam di Malaysia, kini dia menerima akibat dari perbuatannya.
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana meragut beg tangan seorang wanita sehingga mangsa terjatuh di atas jalan dan kemudian melanggar kepala wanita malang itu di Kapar di sini, pada bulan lepas.
Hakim Darmafikri Abu Adam memerintahkan tertuduh, Fairuz Jemadi, 34, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu, menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 25 Okt.
armafikri turut menjatuhi hukuman penjara enam bulan ke atas Fairuz selepas dia mengaku bersalah terhadap satu lagi pertuduhan memiliki barang curi dan hukuman juga berkuat kuasa dari tarikh tangkapan. Kedua-dua hukuman penjara diperintah berjalan serentak.
Tertuduh didakwa melakukan rompakan ke atas S. Aramah, 56, dengan menarik beg tangan wanita itu sehingga mangsa terjatuh di atas jalan dan kemudian melanggar kepala mangsa menggunakan motosikal Honda C100 bernombor pendaftaran WNX 8794, di lorong belakang deretan kedai di Jalan Klinik Off Jalan Besar, Kapar, kira-kira 3 petang pada 20 Oktober lalu.
Fairuz dihukum mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan. Selain itu, tertuduh didakwa memiliki 10 buah telefon bimbit pelbagai jenama dipercayai barang curi, di alamat Lot 26993, Lorong Haji Marzuki, Rantau Panjang di sini, kira-kira 4 pagi pada 25 Oktober.
Bagi kesalahan itu, Fairuz dihukum mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya S. Nithia.
Media sebelum ini melaporkan, mangsa cedera di muka dan badan akibat kejadian itu yang berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Klinik Kesihatan Kapar. Rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian turut tersebar di laman sosial.
loading...
loading...
0 Response to "TERBONGKAR ! WAJAH PERAGUT PALING KEJAM DI MALAYSIA .. DAH LAH RAGUT SIAP LANGGAR KEPALA WANITA (3GAMBAR) SANGAT MENGERIKAN !"
Catat Ulasan