SinarHairan

WAJIB TAHU: HUKUM CUKUR BULU KAKI BAGI LELAKI DAN WANITA

loading...


Bagi Lelaki


Soalan :
Assalammualaikum,di sini saya ada sedikit kemusykilan. Saya ingin bertanya apakah hukumnya jika seseorang lelaki cukur bulu kakinya sedangkan pada masa itu dia tidak tahu yang hukum mencukur bulu kaki adalah haram. Apa hukumnya? Adakah dia berdosa? Dan jika berdosa bagaimana cara untuk dia memohon ampun dari Allah S.W.T?
Jawapan  :
Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.
Hukum cukur bulu kaki bagi lelaki adalah haram jika dilakukan dengan sengaja. Jika dilakukan tanpa sengaja kerana kejahilan adalah dimaafkan tetapi hendaklah segera bertaubat kepada Allah Ta’ala apabila mengetahui perbuatan itu adalah berdosa iaitu dengan memohon keampunan kepada Allah dengan sebenar-benarnya, menyesalinya, berazam tidak akan mengulanginya dan memperbanyakkan amal kebajikan.
Wallahu a’alam.
Maka jelaslah bahawa cukur bulu kaki bagi kaum lelaki adalah nyata haram kerana ia seolah-olah menyerupai kaum wanita. Kaum wanita pula boleh mencukur bulu kaki kerana supaya ia tidak menyerupai seperti kaum lelaki. Ini adalah aturan Allah SWT yang kita hambaNya perlu mengikut segala perintahNya.
Bagi Perempuan 
Soalan;
Uztaz, saya inginkan penjelasan tentang apa hukum sekiranya seorang perempuan itu mencukur bulu kakinya? adakah itu haram? saya pernah terbaca di internet sebelum ini yang mengatakan mencukur bulu kaki bagi seorang perempuan adalah wajib bagi yang menyerupai bulu kaki lelaki. adakah itu benar, uztaz?? Untuk pengetahuan uztaz saya ada seorang kawan yang telah pun mencukur bulu kakinya menggunakan sejenis sabun/ubat yang pernah diperkenalkan melalui iklan di televisyen (Veet). terima kasih, uztaz
Jawapan
Tidak ada larangan dari Syarak terhadap mencukur bulu kaki. Yang ada larangan hanyalah mencukur/menipiskan bulu kening di mana ia dilaknat oleh Allah sebagaimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya; “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang mencukur alis (bulu kening) atau minta dicukur alisnya dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.). Apabila tidak ada larangan, maka ia kekal di atas hukum asalnya iaitu harus. Secara amnya, hukum mencabut bulu di badan adalah seperti berikut;

1. Mencabut bulu ketiak dan ari-ari; hukumya sunat. Bagi bulu ari-ari yang paling baik ialah mencukurnya. Adapun bulu ketiak yang paling baik ialah mencabutnya. Namun, jika dibuang dengan cara lain dari itu tidak mengapa.
2. Mencabut bulu kaki dan bulu lengan/betis bagi wanita; harus kerana tidak ada dalil Syarak melarangnya.
3. Mengilangkan bulu kening; haram sekalipun dengan permintaan suami kerana larangan keras oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis di atas.
Mengenai bahan/ubat/sabun yang digunakan itu, harus jika tidak mendatangkan mudarat kepada badan. Selain itu, hendaklah dipastikan ia suci (tidak mengandungi bahan najis). Jika ada bahan najis, hendaklah dibasuh sebelum mengerjakan solat
Wallahu a’lam.
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "WAJIB TAHU: HUKUM CUKUR BULU KAKI BAGI LELAKI DAN WANITA"

Catat Ulasan