loading...
JASIN, MELAKA - Seorang pelajar perempuan tingkatan satu dilaporkan telah dirogol oleh dua orang pelajar senior di dalam stor sekolah.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang Khamis lalu, di mana dua pelajar terbabit mengheret pelajar perempuan berkenaan ke stor sekolah, lalu menanggalkan pakaian peajar terbabit.
Seorang kakitangan yang kebetulan melalui stor terbabit ketika itu mendengar bunyi jeritan dari stor tersebut lalu memeriksa apa yang berlaku.
Dua pelajar lelaki tersebut yang terkejut dengan kehadiran kakitangan tersebut terus melarikan diri. Kakitangan tersebut terus membawa pelajar perempuan berkenaan ke bahagian pentadbiran sekolah lalu pelajar tersebut menceritakan apa yang berlaku.
Pada keesokan harinya, dua pelajar berkenaan mengaku melakukan perkara tersebut, masing tingkatan 2 dan tingkatan 3, mereka mendakwa mangsa sendiri dengan rela ingin melakukan hubungan seks.
Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jasin, khamis lalu. Kes disiasat kerana jenayah rogol bawah umur.
loading...
loading...
0 Response to "SEORANG PELAJAR PEREMPUAN TINGKATAN 1 DIROGOL 2 ORANG PELAJAR SENIOR DALAM STOR SEKOLAH"
Catat Ulasan