loading...
Percintaan sekarang bukanlah seperti dulu, yang penuh dengan keikhlasan dan kejujuran. Sangat berbeza dengan hubungan percintaan sekarang yang lebih menjerumus ke nafsu semata-mata dan bukanlah kerana ikhlas mencintai pasangan masing-masing.Itulah yang terjadi kepada seorang remaja perempuan yang telah kehilang kesuciannya kepada teman lelakinya selepas dia telah dipaksa melakukan hubungan seks oleh teman lelakinya itu sambil menonton filem di rumahnya di Kampar, kejadian ini telah dilaporkan oleh Nanyang Siang Pau.
Sepanjang tempoh hampir sebulan selepas kejadian, teman lelaki mangsa berusia 31tahun yang berasa bersalah telah menyerah diri kepada pihak polis kerana merogol teman wanitanya itu.
Kejadian itu dikatakan berlaku pada pukul 10.15 malam apabila lelaki itu mahu mengadakan hubungan seks dengan gadis itu.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati gadis itu telah meronta-ronta ketika kejadian tetapi tidak mampu untuk mengalahkan tenaga lelaki itu yang lebih kuat darinya menyebabkan dia telah di rogol secara paksa.
Beliau berkata lelaki itu, yang merupakan seorang mekanik motosikal, hanya menghantar balik gadis itu pada pukul 3 pagi keesokan harinya.
Supt Ng berkata kes itu telah disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
loading...
loading...
0 Response to "Lelaki Berusia 31 Tahun Serah Diri Selepas Merogol Kekasihnya"
Catat Ulasan