JAKARTA - INDONESIA. Seorang pekerja pembersih terkejut selepas menjumpai satu mayat bayi pra-matang di dalam tandas pesawat yang sedang dibersihkan.
Menurut laporan Rappler, mayat bayi tersebut dijumpai dalam tandas pesawat Qatar Airways yang sebelum ini berlepas dari Doha, Qatar petang semalam.
Bayi berkenaan dianggarkan berusia 5 hingga 7 bulan ketika ditemui.
Menurut polis lapangan terbang Soekarno-Hatta, seorang wanita warga Indonesia yang disyaki ibu kepada bayi tersebut kini berada di hospital.
"Kami masih menyiasat kes ini. Jika beliau yang melahirkan bayi tersebut, kenapa beliau tidak meminta mpertolongan atau melaporkannya?" kata jurucakap polis.
Polis juga menyiasat kemungkinan samada bayi tersebut dilahirkan dalam pesawat atau mayatnya dibawa dari luar.