loading...
Kejam dan tidak berhati perut itu yang boleh dikatakan kepada seorang suami Loyd Dejohn berusia 48 tahun yang telah membunuh isterinya Kimberley kerana Loyd Dejohn mempunyai kekasih baru yang merupakan sepupunya sendiri.Dalam kejadian tersebut Loyd Dejohn telah membunuh Kimberley dan sembunyikan mayat Kimberley di bawah katil bilik mereka, dan kemudian membawa masuk kekasihnya yang merupakan sepupunya Anjelica Gonzales berusia 25 tahun ke rumah mereka untuk melakukan hubungan seks, ketika mayat Kimberley masih berada di bawah katil tersebut.
Ketika perbicaraan di mahkamah, hakim diberitahu bahawa Lyod telah mencekik, menikam dan memukul Kimberley sehingga mati dan kemudian menyembunyikan mayat wanita itu di rumah mereka.
Pada masa yang sama kakak Kimberley telah membuat laporan polis mengenai kehilangan adiknya itu, menurut pendakwaraya, Lyod sebelum ini suaminya telah menyuarakan hasrat untuk membunuh isterinya dan pernah memberitahu rakan sekerjanya bahawa mayat isterinya akan diberikan kepada anjing untuk dimakan.
Dalam pada itu, Anjelica ketika memberikan keterangan di mahkamah berkata, ketika dia bertanya kepada Lyod di manakah isterinya berada, lelaki itu memberitahu bahawa Kimberley tidak akan kembali ke rumah itu lagi, pasangan kekasih itu kemudiannya melakukan seks beberapa kali dalam masa dua minggu ketika mayat Kimberley berada di rumah terbabit.
Lyod hanya memindahkan mayat Kimberley selepas Anjelica mengadu mengenai bau busuk umpama daging reput, mayat Kimberley ditanam berhampiran rumah neneknya dan ia hanya ditemui tidak lama kemudian selepas polis mendapat maklumat.
Sepupunya Anjelica Gonzales |
Isterinya Kimberley |
loading...
loading...
0 Response to "Suami Melakukan Hubungan Sulit Dengan Sepupu Selepas Bunuh Isterinya."
Catat Ulasan