SinarHairan

Punca Sebenar Mia Ahmad Tak dijemput ke kenduri Saharul

loading...


KUALA LUMPUR: Pelakon, Mia Ahmad mendedahkan dia tiada di majlis perkahwinan Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir, minggu lalu disebabkan tidak mendapat jemputan, bukan kerana isu peribadi seperti disebarkan individu tertentu.

Katanya, dia perlu bersuara menjelaskan keadaan supaya nanti isu berkenaan tidak dipanjangkan yang dibimbangi boleh menimbulkan salah faham terhadap mana-mana pihak. Walaupun awalnya Mia atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi keberatan mengulas isu dibangkitkan netizen, akhirnya bintang Hati Perempuan itu membuka mulut. "Saya tidak mahu orang lain fikir bukan-bukan. Sampai ada antara komen (dalam laman sosial) yang saya rasa patut ditujukan kepada pengantin lelaki saja.

Memang saya tidak dijemput malah saya tidak kisah pun. Kalau tiada jemputan, macam mana kita hendak hadir? "Inilah jawapan paling tepat untuk merungkai persoalan sinis netizen yang bertanya kenapa saya tidak pergi ke majlis kahwinnya. Kemudian timbul pula perbandingan mengapa pelakon lain ada, saya tiada. "Siap mendakwa kalau sudah kata kawan baik mengapa kenapa tidak hadiri majlis itu. Komen lain pula berbunyi, kata profesional, kenapa mengelak? Mulalah 'naik' pula nama Mira Filzah yang tidak pernah berlakon dengan Saharul pun nampak kelibat," katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Mia yang turut dilantik sebagai duta portal Tonton bersama Saharul pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktor terbabit ketika mereka digandingkan menerusi drama bersiri Hati Perempuan, tahun lalu. Hubungan yang kononnya disifatkan sebagai cinta lokasi bagaimanapun dinafikan kedua-dua pihak selain masing-masing memaklumkan mereka sekadar bersahabat baik.

Malah ketika muncul perkhabaran Saharul bakal berkahwin dengan gadis pilihannya, cerita Mia akrab dengan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi lebih dulu bertebaran. Enggan memanjangkan isu, kata Mia buat masa ini tumpuannya lebih kepada perniagaan yang menjurus kepada minyak wangi di bawah jenamanya sendiri, Sweetness by Mia Ahmad serta maskara KOHL Lashes by Mia Ahmad. Dalam melaksanakan kerja promosi dan jualan menerusi internet, gadis berusia 28 tahun itu juga bakal menjalani penggambaran drama bersiri, Jejak Karmila arahan Murali Abdullah terbitan Zeel Production bagi slot Zehra TV3.

Sumber: bharian
loading...
loading...

0 Response to "Punca Sebenar Mia Ahmad Tak dijemput ke kenduri Saharul"

Catat Ulasan