SinarHairan

Presiden Filipina Gelar Obama Sebagai ‘Anak Pelacur’.

loading...
Filipina – Presiden Filipina, Rodrigo Duterter dalam satu persidangan menggelar Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sebagai anak pelac*r sebelum mereka berjumpa di Laos, semalam.


Duterte menggunakan panggilan tersebut ketika mengatakan beliau tidak berminat untuk menghadiri persidangan yang akan turut dihadiri oleh Obama berkenaan hak asasi kemanusiaan.

Obama dijangka akan bertanyakan isu berkaitan dadah yang telah meragut lebih 2,400 nyawa di Filipina dalam tempoh dua bulan sahaja pada persidangan tersebut.

“Anda harus tunjukkan sikap hormat. Jangan hanya melemparkan pertanyaan demi pertanyaan. ‘Anak pelac*r’, saya akan kecam anda di forum itu nanti.

“Kita akan berkubang dalam lumpur seperti b*bi jika anda lakukannya pada saya,”kata Duterte sebelum bertolak ke Laos.

Duterte dijangka mengadakan mesyuarat dua hala bersama Obama pada hari ini dan semestinya ia akan menjadi perjumpaan yang sangat janggal selepas apa yang berlaku.

Walau bagaimanapun tidak lama selepas Duterte mengeluarkan kenyataan kasar tersebut, Obama telah menunjukkan keraguan sama ada mesyuarat hari ini akan diteruskan ataupun dibatalkan.

Terkenal dengan gelaran ‘lelaki yang berwarna-warni’ Obama dikatakan meminta kakitangannya mendapatkan perincian sama ada mesyuarat yang sepatutnya diadakan akan memberi sebarang manfaat ataupun tidak.

“Saya sentiasa memastikan mesyuarat yang saya hadiri smembawa kebaikan dan bukan sebaliknya,” katanya kepada wartawan tempatan.-The Kuala Lumpur Post
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Presiden Filipina Gelar Obama Sebagai ‘Anak Pelacur’."

Catat Ulasan