loading...
Kes pertama melibatkan pemandu Uber merompak penumpang, menurut laporang Astro Awani kejadian berlaku di Bayam Lepas Pulau PinangPolis sedang memburu seorang pemandu Uber yang didakwa merompak wang RM2,000 dan barangan berharga daripada seorang pekerja kilang warga Indonesia di Bayan Lepas, Sabtu lepas.
Dalam laporannya, mangsa, Yab Melva Novasia Sinaga, berkata dia dirompak RM1,150, dua juta Rupiah (RM613), rantai leher dan telefon bimbit.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Anuar Omar berkata, dalam laporan polis, mangsa berkata, pemandu berkenaan secara paksa mengambil daripadanya RM100 sebagai tambang dan RM250 kerana memarahinya, selain wang RM800 dan Rupiah, rantai leher dan telefon bimbit.
Menurut beliau, kejadian berlaku pada kira-kira 5.30 petang di sebatang jalan mati selepas wanita itu membuat panggilan bagi mendapatkan perkhidmatan Uber untuk menghantarnya pulang ke rumah di Batu Maung.
Kenyataan Uber:
"Keselamatan penumpang dan pemandu kami adalah keutamaan bagi Uber.
Kami mempunyai dasar toleransi sifar untuk tingkah laku ini dan tegas melarang keganasan dalam apa jua bentuk oleh pemandu atau penumpang pada platform Uber.
Prosedur standard kami kepada perkara seperti ini adalah untuk segera menggantung pemandu daripada platform sementara menunggu hasil siasatan polis.
Kami bersedia untuk membantu pihak berkuasa tempatan dengan siasatan mereka."
App Uber juga lengkap dengan fungsi aduan isu untuk membuat laporan tentang apa jua perkara.
Ia juga ada sistem rating di mana kedua-dua pemandu dan penumpang boleh diberi rating dan rating yang rendah akan menyebabkan akaun mereka digantung.
loading...
loading...
0 Response to "Polis Buru Pemandu Uber Rompak Penumpang."
Catat Ulasan