SinarHairan

KKM Sahkan Wanita Di Klang Sah Dijangkiti Virus Zika.

loading...

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan seorang wanita Malaysia yang baru pulang dari Singapura sebagai kes pertama jangkitan virus Zika di Malaysia.

Wanita dari Klang itu telah berkunjung ke Singapura pada 19 Ogos lalu selama tiga hari dan mula menunjukkan tanda demam selepas seminggu.

Anak wanita berkenaan di Singapura dilapor turut dijangkiti virus Zika.

Wanita itu kemudian dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan sejurus selepas dia pulang ke Malaysia.

Ujian air kencing ke atas mangsa mengesahkan dia dijangkiti virus Zika, namun ujian ke atas suaminya yang turut sama ke Singapura didapati negatif.

Dr Subramaniam dalam satu sidang media hari ini berkata kementerian akan melupuskan kawasan pembiakan nyamuk Aedes di kawasan perumahan mangsa.-eberita.org
loading...
loading...

0 Response to "KKM Sahkan Wanita Di Klang Sah Dijangkiti Virus Zika."

Catat Ulasan