loading...
DUNGUN: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana didakwa mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun tujuh bulan sehingga menyebabkan kematian mangsa bulan lalu. Muhammad Hafiz I D Osmera, 21, dan isteri, Fathin Nur Athirah Sabarudin, 21, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama kerana membunuh dan berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mona Shazwani Kamarul Zaman di hadapan Majistret Hazwanie Hussain Bustari. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam, Hafizul Faris Che Razlan.
Pasangan berkenaan didakwa bersama-sama membunuh Nadzirah Nur Safiah Sabarudin yang juga adik kepada Fathin Nur Athirah di sebuah rumah di Jalan Tenggiri, Kampung Baru Tebing Tembah, Paka, di sini, antara 30 Julai hingga 29 Ogos lalu.
Hazwanie kemudian menetapkan 9 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan perubatan mangsa.-Berita Harian Online
loading...
loading...
0 Response to "Kakak Bersubahat Dengan Suami, Dera Dan Bunuh Adik Perempuan Berusia 2 Tahun."
Catat Ulasan