SinarHairan

Isteri Dihukum Gantung Sampai Mati Selepas Kantoi Curang.

loading...
Kejadian itu berlaku di kampung Chak
Mayat Pasangan Yang dihukum gantung
Ibu tiga anak yang didakwa mempunyai hubungan sulit dihukum gantung sampai mati di atas pokok pada hari Khamis lalu. Kejadian mengerikan itu dilakukan oleh suami, abang dan ayah kandungnya

Kejadian itu berlaku di kampung Chak 56 sekitar 55 kilometer (33 batu) timur laut bandar pusat Multan, Pakistan yang dikenali sebagai 'pembunuhan maruah', di mana mangsa, seorang wanita, dibunuh oleh saudara lelaki atau saudara-mara untuk menebus malu kepada keluarga.

"Seorang wanita dan teman lelaki dihukum gantung sampai mati oleh bapa wanita itu sendiri dan abangnya, suaminya telah menangkap isterinya itu dengan teman lelakinya ketika mereka sedang melakukan maksiat di halaman belakang rumahnya.

Mangsa bernama sebagai Khalida Bibi, berusia 20-an, dan kekasihnya itu Mukhtiar Muhammad berusia 19 Tahun, ketiga-tiga yang disyaki pembunuh telah ditangkap dan telah mengaku jenayah yang dilakukan oleh mereka. 

Bapa wanita itu berkata menantunya itu telah  menceritakan kepada orang ramai tentang kecurangan isterinya itu, menyebabkan saya sebagai ayah terpaksa membunuh anak perempuan saya kerana menanggung malu.

Kejadian itu telah disahkan oleh pegawai-pegawai tempatan yang lain. "Mereka telah dipukul sebelum digantung di atas pokok," kata pegawai lain. 

Menteri undang-undang Pakistan pada Julai mengumumkan bahawa 'pembunuhan maruah' yang berlaku di pakistan meningkatkan tidak lama lagi parlimen akan mengundi, berikutan beberapa kes berprofil tinggi termasuk pembunuhan Qandeel Baloch oleh abangnya kerana berkongsikan gambar lucah di media sosial.
loading...
loading...

0 Response to "Isteri Dihukum Gantung Sampai Mati Selepas Kantoi Curang."

Catat Ulasan