SinarHairan

Ibu Didakwa Perdagang Anak Perempuannya Berusia 13 Tahun Untuk Tujuan Eksploitasi Seks.

loading...
Johor Bahru – Seorang ibu tiga anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperdagangkan anak perempuannya yang ketika itu berusia 13 tahun pada tahun lalu.


Lai Siew Jze, 47, yang berasal dari Kuching, Sarawak mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun.

Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu rumah di Australia didakwa melakukan perbuatan itu bagi maksud eksploitasi seks di bilik bernombor 1206, Hotel Crystal Crown di sini, kira-kira pukul 9 pagi pada 20 September tahun lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Kamarudin tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 9 Oktober ini bagi sebutan semula kes berkenaan.

Siew Jze tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Safiah Abd. Aziz.-The Kuala Lumpur Post
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Ibu Didakwa Perdagang Anak Perempuannya Berusia 13 Tahun Untuk Tujuan Eksploitasi Seks."

Catat Ulasan