loading...
Tidak hanya di facebook, Nor juga memadam gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat di instagram serta merta. Nor mengaku dia melakukan semua itu selepas sesuatu yang mengerikan menimpanya, kisahnya bermula sebulan lalu 3 hari selepas rakan wanitanya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.Semenjak daripada itu dia selalu bermimpi di datangi kawannya yang sudah meninggal dunia itu dan menyuruhnya untuk memadam semua gambar mereka yang tidak menutup aurat, tidak hanya itu Nor berkata bahawa dia beberapa kali melihat leptopnya hidup seperti dipakai seseorang pada waktu larut malam dan mencium bau darah di dalam biliknya.
Pada awalnya saya tidak percaya, akan tetapi selepas saya mengalami gangguan pelik dan setiap kali saya tidur saya bermimpi sahabat saya seperti meminta tolong, dalam mimpi itu saya nampak dia diseksa, disebat oleh lembaga hitam besar dan panjang, kulitnya di siat-siat dengan besi panas, dia menjerit “tolonglah padam gambar saya yang tak menutup aurat” kata-kata itu berulang kali di ucapkannya, kata Nor ketika menceritakan kisahnya pada pemberita.
Pernah sekali saya melihat dia dalam mimpi menangis tersendu-sendu dengan perkataan yang sama “tolonglah padam gambar saya yang tak menutup aurat” saya dah tak tahan”ujar Nor meniru percakapan rakannya dalam mimpi itu. Ketika dia menoleh ke arah saya”Masya Allah..Mukanya hanya Allah saja yang tahu, semenjak daripada itu saya mula memadam gambar-gambar kami di facebook yang tidak menutup aurat.
Dalam kehidupan memang kami sedikit nakal, tapi tidaklah nakal sampai mengaibkan keluarga dan menggadaikan maruah, hanya nakal sebagai remaja sahaja. Alhamdulillah selepas saya padam semua gambar kami yang tidak menutup aurat, arwah tidak lagi hadir dalam mimpi dan mengganggu saya.
Saya tahu kisah ini agak sukar di terima dengan akal waras, tapi itulah hakikat yang berlaku pada saya, alhamdulillah semenjak kejadian itu saya mula mengubah gaya hidup saya, walaupun masih belum sepenuhnya lagi berubah tapi saya tetap berusaha ke arah itu.”semoga kisah ini menjadi pengajaran pada semua"
loading...
loading...
0 Response to "Gadis Padam 500 Gambar Tidak Menutup Aurat Selepas Mengalami Kejadian Seram"
Catat Ulasan