loading...
BEKAS penyampai radio, Fara Fauzana memberikan jawapan yang sama terhadap semua persoalan yang diajukan pihak media terhadapnya berkaitan dengan kontroversi pembatalan perkahwinannya."Semuanya sudah saya jawab dalam kenyataan media yang saya berikan sebelum ini. Ini semuanya ketentuan Allah.
"Terima kasih kerana memberikan sokongan kepada saya," kata Fara yang ditemui selepas acara Sekolah Radio IM4U FM di IM4U Sentral, Puchong sebentar tadi.
Fara, 36, membatalkan perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan, Mohamed Hafiz Badiuzzaman, 30, pada Ahad lalu dan merahsiakan sebab pembatalan tersebut
Walaupun selama dua minit soalan bertubi-tubi soalan diasak kepada Fara, 36, dia hanya tersenyum sambil mengulangi jawapan sama.
"Semua yang terjadi adalah ketentuan Allah.
Pada majlis itu Fara dijemput menjadi ahli penel bersama beberapa rakan selebriti antaranya Faizal Ismail, Altimet dan Anne Osman.
Ketika tamat sesinya kira-kira pukul 1.20 petang, pengacara itu kemudian bergegas menuju ke kereta jenis BMW X6 berwarna hitam yang dipandu oleh pemandu peribadi yang sudah sedia menunggu dalam kenderaan tersebut.
Fara yang berbaju berwarna biru itu dikawal ketat oleh 10 pengawal termasuk pembantu peribadi yang juga anak saudaranya iaitu Wan Zul Aimi Wan Ismail selepas selesai tugasan pada majlis anjuran stesen radio itu.
Kenderaan mewah itu turut dipakir di belakang pentas berhampiran pintu masuk yang memudahkan Fara untuk terus ke kenderaannya dengan tujuan mengelak daripada wartawan.
Kira-kira sepuluh orang pengamal media berkumpul sejak pukul 9 pagi di perkarangan iM4U Sentral dalam usaha mendapatkan kenyataan daripada Fara.
Pihak media juga ditegur oleh pengawal agar tidak berkumpul dan menunggu di hadapan pintu keluar tersebut.
Sebelum itu, Fara terlebih dahulu meminta pihak penganjur agar tidak mengadakan sesi temuramah media berikutan dia perlu bergegas ke lokasi lain sejurus selesai tanggungjawabnya sebagai moderator.
Dalam pada itu, ketika sesi bual bicara berlangsung Fara menjalankan tugasnya dengan baik tanpa sebarang tekanan yang menjejaskan fokusnya mengendalikan majlis berkenaan.< br/>
loading...
loading...
0 Response to "Fara Fauzana Tetap Kunci Mulut Isu Batal Kahwin, Ini Semua Ketentuan Allah"
Catat Ulasan