SinarHairan

Dua Anggota Polis Cederakan Guru Telah Ditahan.

loading...
Dah tangkap, esok reman
Petikan video dua anggota polis menahan guru sehingga mencederakannya yang tersebar di laman sosial hari ini.


Ipoh: Dua anggota polis dari Balai Polis Lenggong, Gerik yang mencederakan guru lelaki di Lenggong ketika membuat tangkapan sehingga viral di laman sosial ditahan hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, permohonan reman terhadap anggota polis berkenaan akan dibuat esok.

Katanya, guru terbabit adalah guru Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi, Lenggong dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

"Polis sudah menjalankan siasatan berhubung kes itu dan tindakan untuk siasatan lanjut juga sudah diambil.

"Anggota polis terbabit ditangkap pada hari ini dan permohonan reman akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Pangkalan Hulu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian berkenaan berlaku pada 30 Ogos lalu pada 7.15 malam dan siasatan akan dilengkapkan seberapa segera dan akan dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri Perak.

Video kejadian dua anggota polis berdurasi 20 saat yang dikatakan dari cawangan narkotik itu memberkas guru berkenaan dengan cara kasar ketika memulas tangan guru berkenaan untuk digari mula tersebar di media sosial hari ini terutama di facebook dan juga beberapa blog.

Turut tersebar penerangan daripada seorang individu mengenai kejadian yang mengatakan mangsa adalah seorang guru yang baru selesai kelas tambahan untuk murid calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mangsa patah tangan akibat kekasaran itu.-Harian Metro
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Dua Anggota Polis Cederakan Guru Telah Ditahan."

Catat Ulasan