SinarHairan

Anggota Polis Berpangkat Lans Koperal Berjaya Ditahan Selepas Samun Siber Kafe

loading...
Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi begitulah kata-kata yang boleh di ungkapkan apabila seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan selepas menyamun sebuah siber kafe di Sri Petaling Kuala Lumpur, menurut laporan Berita Harian Online seorang anggota polis ditangkap selepas disyaki merompak sebuah kafe siber di Jalan Radin Anum 1, Sri Petaling di sini, pagi tadi. 

Suspek berusia 55 tahun dilaporkan masuk ke kafe siber itu kira-kira jam 7 pagi sebelum melarikan wang tunai RM2,000 selepas mengugut penjaga premis terbabit dengan mengacukan pistol. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman, berkata selepas disamun, penjaga premis terbabit menghubungi rakannya dan cuba mengejar suspek. 

"Ketika sedang melarikan diri berhampiran sebuah restoran mamak di situ, suspek menyedari ada orang mengejarnya dan bertindak melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa. "Bagaimanapun tembakan itu tersasar dan hanya terkena sedikit di dada kanan mangsa menyebabkan mangsa yang berusia 31 tahun cedera ringan," katanya di sini, hari ini. 

Sharul berkata, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian rompakan itu berjaya menangkap suspek di Jalan Radin Tengah, tidak jauh dari lokasi dia melepaskan tembakan. "Kita menemui semula wang RM2,000 yang dipercayai disamun dan semakan mendapati suspek adalah anggota polis berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. 

"Kita turut merampas sepucuk pistol jenis Sig Sauer bersama satu kelopak peluru dan kita percaya senjata itu adalah milik pihak polis yang digunakan suspek ketika bertugas," katanya. 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak dan Seksyen 397 kanun sama atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata serta Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 kerana kesalahan melepaskan tembakan di tempat awam.-Berita Harian Online
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Anggota Polis Berpangkat Lans Koperal Berjaya Ditahan Selepas Samun Siber Kafe"

Catat Ulasan