SinarHairan

Akibat Memakai Seluar Londeh, Seorang Penjenayah Berjaya Ditangkap Polis.

loading...

SELUAR dalam yang dipakai Machon (gambar kecil) ketika melakukan jenayah. FOTO Wales News Service.

Bridgend (Wales): Akibat memakai seluar londeh, seorang penjenayah berjaya ditangkap polis selepas mangsa mengecam seluar dalam yang dipakainya ketika memecah masuk sebuah rumah di sini, baru-baru ini.

Darren Machon, 39, memakai seluar dalam dengan gambar hot dog, burger, kentang goreng dan donat ketika memecah masuk sebuah rumah di sini.

Namun, kejadian itu disedari pemilik rumah berkenaan yang terus mengejar Machon.

Akibat terkejut Machon segera keluar dari rumah berkenaan dan tanpa disedari seluarnya terlondeh sehingga mendedahkan seluar dalam yang dipakainya.

Pemilik rumah itu yang membuat laporan polis memberitahu penyiasat, dia tidak mengecam wajah suspek, tetapi memberi gambaran mengenai seluar dalam yang dipakai lelaki itu.
loading...
loading...

0 Response to "Akibat Memakai Seluar Londeh, Seorang Penjenayah Berjaya Ditangkap Polis."

Catat Ulasan