SinarHairan

Temuduga Terbuka di POS Malaysia Berhad Johor - 12 Jun 2016

loading...
POS Malaysia Berhad mempelawa calon-calon berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka seperti berikut:-



Jawatan:

1. POSMEN/KURIER (LELAKI)


Maklumat lanjut :

Tarikh temuduga terbuka :

12 Jun 2016 (Ahad)


Masa:

9:00 Pagi - 4:30 Petang


Lokasi:

PEJABAT PENGURUSAN NEGERI JOHOR ARAS 2, 
BANGUNAN PEJABAT POS BESAR JOHOR BAHRU, 
80670 JOHOR BAHRU, JOHOR



Syarat-syarat dan kelayakan:

- Warganegara Malaysia

- Berumur 18 tahun hingga 30 tahun

- Kelulusan / Kelayakan akademik :

• Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

DAN

• Lulus Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

DAN

• Lulus Bahasa Melayu pada peringkat PMR atau kelayakan yang diiktiraf dengannya

- Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya setahun dalam bidang yang berkaitan

- Calon-calon hendaklah memiliki lesen kenderaan penuh B2

- Mempunyai rekod trafiik yang baik dan bebas tunggakan saman lalu lintas



Calon-calon yang berminatdan memenuhi syarat seperti di atas dijemput hadir pada tarikh yang dinyatakan dengan membawa bersama resume beserta dokumen asal & salinan berkaitan (tidak dikembalikan) seperti berikut :


1) 2 KEPING GAMBAR BERUKURAN PASSPORT (tidak akan dikembalikan)

2) SALINAN KAD PENGENALAN

3) SALINAN LESEN MEMANDU

4) SALINAN SIJIL PMR

5) SALINAN SIJIL SPM

6) SALINAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH SERTA LAIN-LAIN SIJIL

7) BERPAKAIAN KEMAS (Jeans dan Baju T-Shirt Tidak Dibenarkan)


Baca Tips Temuduga Di sini


** Syarat-syarat kelayakan ini adalah wajib, calon yang tidak memenuhi kelayakan yang di tetapkan tidak akan di layan untuk temuduga

Sebarang pertanyaan hubungi : 07-2237003 / 07-2237026




Sejarah

Sejarah Pos Malaysia Berhad bermula pada awal tahun 1800an apabila perkhidmatan pos pertama diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura), dan seterusnya berkembang ke seluruh Tanah Malaya pada abad ke-20.

Surat-surat pada mulanya dihantar melalui penghantar utusan atau pengirim khas.  Pada waktu itu, setem tidak diguna-pakai, dan urusan pembayaran surat-menyurat dilakukan semasa surat diterima di kaunter pejabat pos dan resit akan dikeluarkan apabila surat telah diposkan.

Evolusi teknologi yang membawa kepada kelahiran internet, media digital serta perubahan tingkah laku konsumer, mula memberi kesan kepada pendekatan mel tradisional ini.  Walau mempunyai nilai nostalgia dan lebih berbentuk peribadi, penggunaan mel tradisional ini semakin susut, dan mula diganti oleh media sosial serta khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pos Malaysia Berhad turut melalui proses evolusi apabila menjangkau abad ke-21 ini.  Kami bukan lagi entiti tradisional yang boleh dipandang enteng, malah kami melalui proses transformasi untuk lebih berdaya saing dan menyesuaikan fungsi organisasi kami untuk memenuhi kehendak serta keperluan pelanggan dan pasaran masa kini.

Sejajar dengan peranan kami sebagai organisasi perkhidmatan pos negara, Pos Malaysia Berhad berubah menjadi entiti konglomerat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan rundingan dan penyelesaian serta khidmat kewangan dalam memastikan kami setanding dengan syarikat-syarikat lain di dalam dan luar negara.

loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Temuduga Terbuka di POS Malaysia Berhad Johor - 12 Jun 2016"

Catat Ulasan