SinarHairan

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) - 15 Jun 2016

loading...
Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) mempelawa Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada rakyat Negeri Pahang Darul Makmur yang berkelayakan mengisi kekosongan jawatan berikut :



Jawatan:

1. PENSYARAH PENDIDIKAN ISLAM AWAL KANAK-KANAK DM41 - 2 Kekosongan

2. PENGAWAL KESELAMATAN KP11 - 5 Kekosongan 


Cara Memohon:

Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui Borang Rasmi Permohonan Jawatan KUIPSAS yang boleh diperolehi dari Pejabat Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah dengan bayaran RM 5.00

• Dimuaturun dari laman web KUIPSAS dengan menyertakan yuran pemprosesan dengan menggunakan wang pos sebanyak RM5.00 di atas nama BENDAHARI KIPSAS.

• Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

• Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Jun 2016. Hanya calon-calon disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk temuduga.

• Borang permohonan yang telah diisi dan disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan dan telah diakui sah, hendaklah dihantar kepada :

Rektor
Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Km 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
(u.p : Pejabat Pendaftar) 
Tel : 09-591 5353 Faks : 09-536 4421 






 Sejarah Yang Terukir

Sejarah bermula dengan resolusi Seminar Ulama Negeri Pahang (1985) membahas dan mencadangkan penubuhan Kolej Islam ini untuk membuka ruang kepada pelajar lepasan agama Negeri Pahang melanjutkan pelajaran. Maka pada Jun 1994 terlaksanalah Kolej Islam Pahang yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Pahang.

Ogos 1996 mencipta era permulaan apabila menerima 68 pelajar sulung, diikuti kebangkitan kolej ini sebagai Institusi Pendidikan Tinggi yang bernaung di bawah Sistem Pendidikan Islam Pahang Sendirian Berhad. Dengan ini, peluang pendidikan untuk pelajar khususnya di Negeri Pahang ini terbuka lebih luas seiring aspirasi pemimpin dan masyarakat Islam.Idealisme Progresif dan Bersepadu Fungsi penubuhan Kolej Islam ini amat jelas iaitu menyediakan pendidikan yang menjana kecemerlangan ilmu dan insan. Sehubungan

dengan itu, tiga diploma pengajian Islam ditawarkan iaitu Pengkhususan Syariah Perbandingan, Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan serta Pengkhususan Bahasa Arab dan Tamadun Islam.

Selepas itu, Diploma Pembangunan Perisian, Diploma Perakaunan, Diploma Kewangan dan Perbankan, dan Diploma Pengurusan Perniagaan ditawarkan, menjadikan kesemua diploma di KIPSAS ini mendapat perakuan dari Lembaga Akreditasi Negara.Proses perkembangan KIPSAS seterusnya berjalan lancar tanpa menoleh ke belakang lagi dengan usaha para pemimpin negeri yang terdiri daripada Menteri Besar Pahang dan mendapat sokongan padu daripada pemimpin yang lain.

Hasilnya, alaf baharu tahun 2000 menyaksikan KIPSAS muncul sebagai institusi intelektual yang cukup membanggakan. Segala kekurangan prasarana telah ditambah hebat sekali dengan beroperasinya blok bangunan akademik, dewan kuliah, asrama pelajar serta masjid KIPSAS. Perpustakaan KIPSAS juga muncul sebagai tempat rujukan Bahasa Arab terbesar di Negeri Pahang selain rujukan bahasa Melayu, Inggeris, Pengurusan, Pentadbiran, Ekonomi dan Teknologi Maklumat.

loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) - 15 Jun 2016"

Catat Ulasan