SinarHairan

Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 27 Jun 2016

loading...
Unit Perpustakaan, Institut Kefahaman Islam Malaysia, memerlukan seorang Pembantu Penyelidik (Kontrak) bagi tujuan menjalankan kerja-kerja pengumpulan data koleksi Etika di Perpustakaan IKIM khususnya koleksi dalam Bahasa Arab dan Elektronik dalam usaha memperkukuhkan pembangunan koleksi Etika di IKIM. Butiran adalah seperti berikut:



Jawatan:

1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED 41 
PUSAT KAJIAN SAINS DAN ALAM SEKITAR (KIAS)

2. PEGAWAI PENYELIDIK KANAN GRED 44 
PUSAT KAJIAN EKONOMI DAN KEMASYARAKATAN (EMAS)

3. PEGAWAI FELOW KANAN GRED 54 
PUSAT KAJIAN EKONOMI DAN KEMASYARAKATAN (EMAS)


*Sila baca syarat kelayakkan dan maklumat lain melalui link di bawah sebelum memohon.


Cara Permohonan:

Calon-calon yang berminat dan mempunyai kemahiran yang dinyatakan di atas, boleh menghantar surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap (resume / curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p : Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan)

Tel: 03-62046303  Faks: 03-62014189


Sebelum atau selewat-lewatnya pada 27 Jun 2016


Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan.

Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon-calon adalah dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas dari IKIM 3 bulan dari tarikh iklan ditutup.


Klik Maklumat Lengkap Iklan




Pengenalan

Senario dunia sentiasa berubah-ubah. Perubahan yang berlaku belum pernah dilihat sebelum ini. Di antara punca berlakunya perubahan ini adalah sebab-sebab perkembangan aspek-aspek teknologi, sosial, ekonomi dan politik. Kesannya, keutuhan sesuatu bangsa, sama ada umat Islam atau bukan Islam, akan teruji.

Pada hari ini, umat Islam terdapat di serata dunia. Kepelbagaian budaya dan ideologi umat Islam membawa cabaran besar terhadap pembentukan kefahaman dan interpretasi Islam sebagai satu agama dan cara hidup yang lengkap.

Agama Islam adalah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Ianya merangkumi satu sistem hidup yang menyeluruh dengan mengamalkan sikap terbuka, dinamik dan toleran.

Dalam keghairahan umat Islam untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam terdahulu, mereka kini berhadapan dengan pelbagai unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ini ditambah pula dengan maklumat yang disalah tafsir oleh media massa yang membawa kesan negatif kepada umat Islam.

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenarnya demi menjaga kesucian ajaran Islam yang sebenar tanpa menyentuh perkara-perkara retorik atau menyimpang dari jalan yang ditetapkan.

loading...
loading...

0 Response to "Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 27 Jun 2016"

Catat Ulasan