loading...
POS Malaysia Berhad mempelawa calon-calon berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka seperti berikut:-
Jawatan:
1. POSMEN/KURIER (LELAKI)
Maklumat lanjut :
Tarikh temuduga terbuka :
29 Mei 2016 (Ahad)
Masa :
9:00 Pagi - 4:30 Petang
Lokasi :
PEJABAT PENGURUSAN NEGERI JOHOR ARAS 2,
BANGUNAN PEJABAT POS BESAR JOHOR BAHRU,
80670 JOHOR BAHRU, JOHOR
Syarat-syarat dan kelayakan :
1) Terdiri daripada warganegara Malaysia (Lelaki sahaja)
2) Berumur antara 19 hingga 30 tahun pada tarikh lantikan
3) Kelulusan SPM / PMR mempunyai kelayakan yang berkaitan
4) Memiliki Lesen memandu B2/D/E (GDL satu kelebihan)
5) Tiada rekod jenayah / Bebas dari saman lalu lintas
KEPADA SEMUA PEMOHON, SILA HADIR TEMUDUGA TERBUKA DENGAN KELENGKAPAN :
1) RESUME LENGKAP
2) SALINAN KAD PENGENALAN
3) SALINAN LESEN MEMANDU
4) SALINAN SIJIL PMR
5) SALINAN SIJIL SPM
6) SALINAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH SERTA LAIN-LAIN SIJIL
7) DOKUMEN YANG BERKAITAN
8) 2 KEPING GAMBAR BERUKURAN PASSPORT (tidak akan dikembalikan)
9) BERPAKAIAN KEMAS (Jeans dan Baju T-Shirt Tidak Dibenarkan)
Baca Tips Temuduga
** Syarat-syarat kelayakan ini adalah wajib, calon yang tidak memenuhi kelayakan yang di tetapkan tidak akan di layan untuk temuduga
Sebarang pertanyaan hubungi : 07-2237003 / 07-2237026
Kerja Kosong Terkini POS Malaysia Berhad
Sejarah
Sejarah Pos Malaysia Berhad bermula pada awal tahun 1800an apabila perkhidmatan pos pertama diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura), dan seterusnya berkembang ke seluruh Tanah Malaya pada abad ke-20.
Surat-surat pada mulanya dihantar melalui penghantar utusan atau pengirim khas. Pada waktu itu, setem tidak diguna-pakai, dan urusan pembayaran surat-menyurat dilakukan semasa surat diterima di kaunter pejabat pos dan resit akan dikeluarkan apabila surat telah diposkan.
Evolusi teknologi yang membawa kepada kelahiran internet, media digital serta perubahan tingkah laku konsumer, mula memberi kesan kepada pendekatan mel tradisional ini. Walau mempunyai nilai nostalgia dan lebih berbentuk peribadi, penggunaan mel tradisional ini semakin susut, dan mula diganti oleh media sosial serta khidmat pesanan ringkas (SMS).
Pos Malaysia Berhad turut melalui proses evolusi apabila menjangkau abad ke-21 ini. Kami bukan lagi entiti tradisional yang boleh dipandang enteng, malah kami melalui proses transformasi untuk lebih berdaya saing dan menyesuaikan fungsi organisasi kami untuk memenuhi kehendak serta keperluan pelanggan dan pasaran masa kini.
Sejajar dengan peranan kami sebagai organisasi perkhidmatan pos negara, Pos Malaysia Berhad berubah menjadi entiti konglomerat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan rundingan dan penyelesaian serta khidmat kewangan dalam memastikan kami setanding dengan syarikat-syarikat lain di dalam dan luar negara.
loading...
loading...
0 Response to "Temuduga Terbuka di POS Malaysia Berhad - 29 May 2016"
Catat Ulasan