SinarHairan

Sayu.. Gadis 14 Tahun Ditarik Dalam Hutan, Dir0gol 14 Lelaki,Badan Terikat Penuh Lebam

loading...
Aktivis Indonesia mendesak kerajaan menggubal undang-undang dengan mengenakan hukuman lebih berat terhadap keganasan se k sual selepas kejadian seorang pelajar perempuan 14 tahun dir o gol beramai-ramai sebelum dibunuh oleh sekumpulan 14 lelaki ketika pulang dari sekolah di Bengkulu, Sumatera.



Kejadian itu berlaku 2 April lalu, namun ia hanya tersebar sejak beberapa hari lalu, selepas disiarkan di media sosial.

Dalam kejadian di sebuah kampung kecil itu, mangsa dikenali sebagai Yuyun, ditarik ke dalam hutan sebelum dir o gol kumpulan lelaki yang sebahagian besarnya berusia bawah 18 tahun. Mayat mangsa ditemui tiga hari kemudian dalam keadaan penuh lebam, bo g el dan terikat dalam parit.

Menurut polis mereka dikatakan mabuk minuman keras ketika kejadian dan 12 orang daripada kumpulan itu sudah ditahan.

Kejadian itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang mendesak kerajaan bertindak tegas berikutan peningkatan kes kekejaman seksual dan jenayah terhadap wanita.

Presiden Joko Widodo turut memberi perhatian dengan mengutuk kejadian itu melalui Twitter menegaskan remaja dan kanak kanak perlu dilindungi daripada keganasan.
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Sayu.. Gadis 14 Tahun Ditarik Dalam Hutan, Dir0gol 14 Lelaki,Badan Terikat Penuh Lebam"

Catat Ulasan