loading...
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) seperti berikut :-
Jawatan:
1. PUSTAKAWAN S41
Kelayakan:
(a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada UiTM (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat
Sumber Maklumat) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
(Gaji permulaan: RM2,112.86)
(b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta
Diploma Lepasan Ijazah Sains Perpustakaan yang diiktiraf oleh kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
(Gaji permulaan: RM2,215.07).
(c) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Ijazah
Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
(Gaji permulaan: RM2,215.07).
(d) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada UiTM (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat
Sumber Maklumat) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Sarjana
Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya. DAN
(Gaji permulaan: RM2,521.70)
(e) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Keutamaan kepada calon :
(a) Memiliki Kepujian sekurang-kurangnya C6 dalam Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Calon yang mendapat kelulusan Malaysian University
English Test (MUET) dengan aras minimum 3 boleh dikecualikan mencapai kepujian
Bahasa Inggeris (sekurang-kurangnya C6) pada peringkat SPM.
(b) Mencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.00 pada peringkat ijazah sarjana muda
Penempatan Jawatan : Perpustakaan, Kampus Gambang dan Kampus Pekan
Cara memohon:
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat pemohon di
laman web UMP, www.ump.edu.my. Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan
Permohonan Atas Talian (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui
laman web UMP).
Permohonan yang tidak dibuat secara atas talian adalah tidak akan
dilayan. Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul
surat. Permohonan yang lengkap berserta dengan salinan sijil-sijil akademik dan lainlain
dokumen berkaitan hendaklah dihantar kepada :
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PELANTIKAN)
CATATAN AM
(a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh
tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu
dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.
Tarikh Tutup Permohonan Atas Talian : 13 May 2016
Tarikh Akhir Penerimaan Dokumen Permohonan : 20 May 2016
Universiti Malaysia Pahang
Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah sebuah universiti teknikal yang ditubuhkan pada tahun 2002. UMP menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi. Dalam bidang penyelidikan pula, universiti memberi tumpuan kepada penyelidikan gunaan dan projek-projek industri dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran di samping mempromosikan aktiviti-aktiviti pengkomersialan produk penyelidikan.
Kampus UMP di Pekan
Kampus tetap UMP kini telah mula beroperasi di Kuala Pahang, Pekan pada 27 Julai 2009. Pada masa ini, ia menempatkan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) dan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP). Kampus seluas 642 ekar ini boleh menampung sehingga 10,000 orang pelajar dan 2,000 orang staf.
loading...
loading...
0 Response to "Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 13 May 2016"
Catat Ulasan