SinarHairan

Jawatan Kosong di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) - 27 May 2016

loading...
Permohonan adalah dipelawa daripada Warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas danberkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan berikut :-



Jawatan:

1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) – 2 KEKOSONGAN


Bayaran Gaji : RM54.00 sehari

Tempoh Pelantikan : 3 hingga 6 bulan (maksimum). Tempoh
penyambungan perkhidmatan bergantung
kepada keperluan jabatan dan prestasi anggota

Syarat Kelayakan:

1. FOTOGRAFI

Sijil Pelajaran Malaysia oleh kerajaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan, dan

Mempunyai bakat kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi
dan/atau kamera.

2. PEREKA

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan serta mendapat kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, dan

Mempunyai bakat/ kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni reka.


Cara Memohon:

Sila kemukakan resume serta salinan sijil ke alamat seperti berikut :

Pengarah
Sektor Pengurusan Sumber Manusia
Unit Perkhidmatan, Tingkat 19
Bangunan LPPKN
12B, Jalan Raja Laut
50712 KUALA LUMPUR

Perhatian:

 Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri
temuduga. Tarikh tutup penghantaran resume adalah sebelum atau pada
27 Mei 2016 (Jumaat).




Jawatan Kosong Terkini 2016 di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) http://ift.tt/1RHSYsy

Kerja Kosong Terkini LPPKN

AKTA LPPKN

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, LPPKN,  telah ditubuhkan di bawah Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 [Akta 352] dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.  Pada peringkat awal penubuhannya fokus utama LPPKN adalah melaksanakan program dan aktiviti perancangan keluarga di negara ini. Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 (Akta 352) yang dahulunya dikenali sebagai Akta Perancang Keluarga 1966 (Akta 42) telah mengalami beberapa pindaan dan semakan sejak ia diwartakan pada tahun 1966.


Pindaan pertama telah dibuat pada tahun 1976 manakala pindaan kedua dibuat pada tahun 1984. Pindaan kedua ini melibatkan pertukaran nama akta daripada Akta Perancang Keluarga kepada Akta Penduduk dan Keluarga. Sejajar dengan perubahan ini, nama LPPKN yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perancang Keluarga Negara telah ditukar menjadi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Dengan pertukaran nama ini, peranan LPPKN telah diperluaskan daripada semata-mata penyampaian perkhidmatan perancangan keluarga kepada perspektif penduduk dan pembangunan sosioekonomi yang lebih luas.

loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Jawatan Kosong di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) - 27 May 2016"

Catat Ulasan