loading...
Bersama calon jodoh kita, pasti mempunyai rasa emosi, rasa spiritual dengan calon jodoh kita. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah adalah jodoh kita yang ditakdirkan untuk hidup bersama. penasaran? berikut ini maklumat bahawa dia adalah jodoh kita:
1. Berdoa dan Selalu Berusaha
Pertemuan dan jodoh semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya yang menjalaninya di liku-liku dunia ini.Apabila, dalam memainkan peranan sebagai pelaku, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang perkara yang sangat mustahil, tetapi apabila kita melakukan dengan DOA dan memohon kepada Tuhan untuk diberikan petunjuk, Suatu saat dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia adalah jodoh kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan cara sebaik-baiknya. Semata-mata semua yang kita lakukan ini untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya sudah diusahakan terbaik mungkin, hasilnya tingga kita serahkan kepada Tuhan dan terus berdoa. Jangan dilupakan, bahwa nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
2. Dengarlah Kata Hati
Kata hati sebenarnya adalah salah satu yang mengetahui bahawa dia adalah jodoh kita. Selalunya, manusia dikurniakan Tuhan dengan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan kata batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan sebab akibat pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia berjodoh dengan kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
3. Memberi Tahu Kekurangan
Tiada yang sempurna di dunia ini selain Tuhan. Jauhkanlah jika ada orang yang mengaku dia adalah seseorang yang paling sempurna dari pelbagai sudut. Pasti di sekitar kita mempunyai kelemahan dan kekurangan. Bagi calon jodoh yang kita pilih dan bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak pernah menyimpan rahsia kelemahannya dan pasti memberi tahu kita.
4. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia seharusnya memahami diri pasangannya. Ketika kita sakit dia bawa ke rumah sakit. Ketikan kita berduka, dia menjadi penghibur kita. Apabila kita mengalami kesusahan, dia bersedia membantu kita. Dikala kita sedang curhat, dia menjadi pendengar yang. Dia selalu bersama kita dalam pelbagai situasi. Tidak hanya kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa berada untuk kita.Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Apabila dia sentiasa bersama kita di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang tepat menjadi pasangan hidup kita.
5. Boleh Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan lancar dalam percintaan dan cintanya kekal dalam seumur hidup, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui liku-liku hidup ini. Kita dan kekasih perlu melakukan kerjasama. Segala kerja yang dilakukan perlu keikhlasan ketika membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing.Permasalahan paling penting, kita dan dia dapat melalui semua permasalahan dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ini mempengaruhi kehidupan kita pada masa depan. Jika tidak ada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini semua kerana kita yang pikul beban tanggungjawab bersaman-sama.
6. Saling Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia masing-masing. ada saatnya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang kita ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia itu diterima olehnya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka masing-masing. Mereka rasa selesa apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakannya. Satu lagi, kita tidak pernah merahsiakan apa-apa kepadanya dan pastikan rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah dengan kepercayaan dan kejujuran.
7. Jujur
Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukanlah permasalahan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran ada dalam hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila dari sisi lain, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak atau menjauhi perselingkuhan. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita.Kejujuran yang bergagasan dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah pilihan terbaik.
8. Terima Apa Adanya
Apapun background kita yang pernah kita alami, dia tidak mempedulikannya. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mula. Dia juga tidak pernah melihat siapa kita sebelum ini.Yang penting, siapa kita sekarang. Walaupun dia tahu kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak langsung ambil hati. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah sebelumnya.Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
9. Ingin Rasanya Selalu Bersama-sama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada pernah timbul rasa bosan, jenuh atau tertekan pada diri kita.Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita selalu tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kerinduan kita. Dia juga merasainya hal yang sama. Rasa senang sekali apabila bersamanya. Bila berada berasingan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin bertemu kembali dengan segera. Tidak kira siang atau malam, tidak adanya dia terasa kehilangan.
10. Sederhana
Kekasih kita itu bersikap sederhana. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara bercakap, cara dia ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik? apabila dia tampil sederhana dan tidak banyak ini itu, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
loading...
loading...
0 Response to "INI 10 tanda dia jodoh kita"
Catat Ulasan