SinarHairan

Jawatan Kosong di Yayasan Terengganu - April 2016

loading...
Kerajaan Negeri Terengganu sedang merangka program untuk meningkatkan lagi pencapaian pelajar-pelajar di dalam peperiksaan UPSR di seluruh negeri Terengganu melalui Projek Tuisyen Yayasan Terengganu.

Sehubungan itu, Yayasan Terengganu mempelawa calon-calon warganegara Malaysia dengan keutamaan graduan bidang pendidikan yang masih belum bekerja di kalangan rakyat negeri Terengganu yang berkelayaakn untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:



Jawatan:-

1. GURU TUISYEN


Penempatan:
Sekolah-sekolah rendah terpilih negeri Terengganu          

Syarat Lantikan:

i. Rakyat Negeri Terengganu

ii. Memiliki Ijazah dalam bidang Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris/Sains Tulen/Matematik

iii. Berumur 23 – 30 tahun

iv. Minat mengajar serta berpersonaliti ceria, penyabar dan kreatif

Deskripsi Tugas:

i. Membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar sebelum menghadapi peperiksaan UPSR.

ii. Meningkatkan motivasi pelajar untuk menghadapi UPSR.

Temuduga:

i. Hanya calon-calon yang LAYAK selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

ii. Permohonan yang tidak menerima jawapan di dalam tempoh enam bulan selepas iklan ini ditutup dianggap GAGAL.


Cara Permohonan:

Melalui link borang yang admin sediakan di bawah


Tarikh tutup permohonan : April 2016



Jawatan Kosong di Yayasan Terengganu


Sejarah Penubuhan

Yayasan Terengganu ditubuhkan pada 1 Mei 1972 di bawah Enakmen Terengganu Bil. 9 Tahun 1972 untuk membantu kerajaan memajukan industri Pendidikan di negeri ini sebagai wahana utama membangun modal insan.

Tujuan penubuhan ini termaktub dalam Enakmen berkenaan sebagai usaha untuk meningkat, memaju dan memperkembangkan peluang-peluang dan kemajuan-kemajuan pelajar rakyat negeri ini.

Hasrat penubuhan ini diterjemahkan kepada fungsi berikut:-

Menaja pelajar di institusi pengajian dan latihan kemahiran;
Membantu pelajar di peringkat persekolahan;
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan serta latihan; dan
Menyelaras segala bentuk bantuan pelajaran kepada pelajar-pelajar Terengganu di semua peringkat pengajian.

Bagi mengurus perjalanan pentadbiran Yayasan Terengganu  mengikut apa yang digariskan dalam enakmen, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan melantik 11 orang ahli bagi menganggotai Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu di mana tiga (3) orang adalah merupakan ahli tetap dan lapan (8) orang ahli lain dilantik oleh Raja di dalam mesyuarat.

loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Jawatan Kosong di Yayasan Terengganu - April 2016"

Catat Ulasan