SinarHairan

Jawatan Kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM) -

loading...
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Universiti Utara Malaysia.



Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PEPERIKSAAN) N17


Syarat Lantikan :

i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN

ii) Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Taraf Jawatan : Sambilan

Fungsi Bidang Tugas : Umum

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/ komunikasi).

Khas
Membantu Ketua Pengawas dan Pengawas dalam pengendalian peperiksaan dan bertanggungjawab secara terus kepada Ketua Pengawas dan Pengawas dalam urusan pengendalian peperiksaan.


Tarikh tutup permohonan : 03 Mei 2016




Jawatan Kosong Terkini 2015 di Universiti Utara Malaysia (UUM) http://ift.tt/1KF2wUT


Sejarah

Hasrat untuk mewujudkan universiti keenam di Malaysia timbul berikutan bertambahnya permintaan terhadap pendidikan tinggi dan kurangnya tempat di lima universiti tempatan yang sedia ada. Pada bulan Ogos 1983, kerajaan mengarahkan Kementerian Pendidikan supaya menjalankan kajian kemungkinan dan menyediakan satu kertas kerja ke atas projek universiti keenam ini. Pada 19 Oktober 1983, Kabinet menelitinya dan meluluskan penubuhannya.

Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah dilantik sebagai Canselor. Naib Canselor UUM yang pertama ialah Prof. Tan Sri Dato' Awang Had Salleh.

Pejabat sementara Universiti Utara Malaysia ditempatkan di sebuah bangunan di bandar Jitra sehingga Kampus Darulaman disiapkan. Pembinaan kampus sementara berharga RM96 juta di kawasan seluas 25 hektar di Bandar Darulaman, Jitra bermula pada Januari 1984. Dalam tempoh enam bulan fasa pertama siap dan seramai 295 orang pelajar perintis memulakan pengajian pada 7 Julai 1984. Fasa II dan III pada tahun 1987. Konvokesyen pertama, kedua dan ketiga diadakan di Kampus Darulaman.

loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Jawatan Kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM) -"

Catat Ulasan